CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Suriati Tak 'Hingin' Berlakon Satu Babak Dengan Azri Iskandar

27-7-2023 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2015| Komen: 11

Ellie Suriaty Omar, 53, menyelar penerbit yang memberi bayaran terlalu rendah kepada pelakon  berpengalaman.

Katanya ia sama sekali tidak wajar dan perlu segera dihentikan kerana membunuh dan merosakkan industri.


Foto: Utusan

“Kita tidak boleh pilih pelakon berbakat (senior) begitu sahaja, ia adalah anugerah Tuhan. Jadi, bayaran kena setimpal. Jangan underpaid pelakon veteran.

“Adalah sangat menyedihkan apabila pelakon baharu dibayar tinggi berbanding pelakon senior yang lebih berpengalaman.

“Kena ingat, bayaran rendah tidak justified impak yang pelakon lama beri kepada masyarakat. Kongsi rezeki yang Allah berikan seadanya,” katanya kepada Utusan.

Ellie dalam pada itu tidak merasakan perlu timbul isu apabila dia dan Azri hadir dalam majlis atau acara yang sama. Katanya, sebagai penggiat seni, mereka profesional.

“Kami dalam bidang sama, malah tak pernah tukar kerja. Mustahil kami tak boleh berada dalam majlis yang sama.


“Profesional, bahkan hubungan dia dan anak-anak juga baik. Saya galakkan anak-anak hubungi dia setiap hari,” katanya yang memaklumkan kali pertama menghadiri majlis yang turut didatangi Azri selepas perceraian mereka.

Bagaimanapun, Ellie memaklumkan dia, buat masa ini belum bersedia dan akan menolak sekiranya diminta berlakon bersama Azri dalam satu babak.

“Kalau satu filem atau drama, okey, bukan satu babak. Belum masanya,” jawabnya ringkas. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HoneyManjer 27-7-2023 10:03 AM
bila ex ko mcm tu...means mmg dia takleh blah sggh dah...
good for u ellie!
Quote dudaberhias 27-7-2023 10:17 AM
Alamak kesiannya jeri kena reject dengan bekas bini....

Malunya chuolsss bandi amuk pun reject jeri....

Patut la kena reka gf tipu2 di alam bunian...
Quote cikatilia 27-7-2023 10:17 AM
go go go ellie..
dia ni berlakon power.. letak apa peranan pon ko rasa

elok lah serah kat dr aneh2 tu si azri tu
Quote babelina 27-7-2023 10:44 AM
Semoga yg baik2 saja utk ko Ellie..
Quote Sesuatu… 27-7-2023 11:55 AM
Semoga kaka Ellie berjumpa jodoh yg terbaik lepas ni
Quote supernaturalee 27-7-2023 12:03 PM
pah bedah ye!!!


ikonik sgt watak tu


Quote rosedemon 28-7-2023 08:46 AM
go acik goooooo
Quote tikusmontok 28-7-2023 10:03 AM
cikatilia replied at 27-7-2023 10:17 AM
go go go ellie..
dia ni berlakon power.. letak apa peranan pon ko rasa


Berlakon ok tapi jgn ada scene menangis ya...terok bebenor
Quote cikatilia 28-7-2023 10:14 AM
tikusmontok replied at 28-7-2023 10:03 AM
Berlakon ok tapi jgn ada scene menangis ya...terok bebenor

yee.. hahahaha sememeh nangisnya..

tp kalau watak jahat tu mmg menyerlah lah dgn kejam semua ada
masuk ke lubuk jiwa gitu kita nengoknya..

Quote marchikobonzo 28-7-2023 11:50 AM
Semoga pah bedah aman2 lepas ni
Quote Honey_Inara 28-7-2023 04:05 PM
Kak ellie ni selalu berlakon watak² berat je. Watak psiko watak menakutkan. Teringin juga nak tengok bawa watak ibu penyayang ke. Watak mak datin drama pukul 7 ke.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.276131 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top