CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sampai Je Turn Tak Ada Siapa Layan! Andi Bernadee Pernah Dimalukan Atas Pentas

27-7-2023 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 850| Komen: 9

Andi Bernadee juga pernah berdepan pengalaman memalukan apabila tidak dilayan penonton ketika membuat persembahan di awal pembabitannya dalam industri seni pada tahun 2017.

Berkongsi kepada mStar, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 32, berkata kejadian itu telah lama berlalu, namun sehingga kini masih memberikan kesan mendalam buatnya.



IG

“Ramai ingat saya ni artis baharu tetapi saya dah berada dalam industri hampir 20 tahun. Saya bermula sewaktu umur belasan tahun lagi dan kenangan yang tak lupa bila waktu nama saya mula nak naik sekitar tahun 2017.

“Semasa itu satu stesen radio ni buat acara dan memang ramai artis popular yang buat persembahan... apabila tiba giliran saya naik pentas, penonton yang hadir toleh tempat lain dan hentikan rakaman video.

“Masa tu memang rasa nak nangis pun ada... turun pentas nasib baik krew produksi tenangkan saya dan berikan kata-kata semangat, tapi perkara tu memang saya akan ingat sampai bila-bila,” kata penyanyi itu.




Dulu tak dilayan, tengoklah sekarang siapa saja tak kenal Andi.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 27-7-2023 08:16 AM
Dia ni x menjadi mcm khai bahar… tetiba senyap senduuu
Quote sayurmayur88 27-7-2023 08:26 AM
nama dia seakan nama orang2 suku bugis bone sulawesi selatan, ada "andi" di pangkal..
Quote kuceeng 27-7-2023 08:46 AM
suneo...


Quote Honey_Inara 27-7-2023 08:54 AM
Apa citer andi lepas kes kena tipu tu? Masih depression lagi ke? Andi ni hari tu kemain meletop berderet lagu hits keluar. Sekarang ni menyepi je. Iols perasan bila heols menyepi amir masdi pula yang naik. Iols suka andi ni suara heols sedap dan suara pun bercakap macho.
Quote KamikuP 27-7-2023 09:19 AM
Lagu Andi ni sedap dan catchy juga tapi tu lah dah rupa paras cam suneo di ayam ayamkan sajorkk oleh netijen.. ekekekekeke
Quote dekmieDandy 27-7-2023 09:52 AM
dah 20 tahun dalam industri??

btw suka lagu sahur dia tu, selalu dengar time bulan puasa
Quote irvene 27-7-2023 09:54 AM
dia ni tak pergi pulak bali dgn boipren
Quote marchikobonzo 27-7-2023 10:11 AM
Sayang tetiba menghilang..hari tu lagu dia back to back famous
Quote dudaberhias 27-7-2023 10:20 AM
Bukan je penonton je toleh tak tengok kau...
Kaka pun toleh siap cover gambar2 kau pakai tangan...

Dah rhoperrr pun macam hero dayak...
Memang la theyols pakat2 toleh mata dan tengok fon... Siap ada yang kalih ke channel animal planet...

Pergi la buat plastic surgery nokkk... Baru la meletop...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.085121 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top