CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kemenangan ABPBH 35 Bukti Dolla Semakin Berkembang

26-7-2023 08:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 690| Komen: 8

Diangkat sebagai pemenang kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, kumpulan pop sensasi, Dolla menyimpan hasrat mahu menembusi pasaran muzik antarabangsa.


Bagaimanapun, kumpulan dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli atau Sabronzo, Tabitha Ariel Lam (Tabby), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) itu terlebih dahulu mahu memberi tumpuan mengukuhkan nama dan pengaruh di Malaysia.


Bagi Tabby, perancangan menembusi pasaran muzik antarabangsa sudah semestinya ada dan menjadi impian anggota Dolla.

"Pihak pengurusan sudah ada perancangan mengenainya dan kami akan fokus kepada siri jelajah di serantau Asia Tenggara terlebih dahulu.

"Siapa tahu kami berpeluang mengadakan persembahan di Indonesia, Singapura, Filipina dan beberapa negara lain," katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Dolla diberi peluang memeriahkan Seen Festival in Kuala Lumpur 2023 bersama bintang K-Pop antarabangsa seperti NCT Dream, WayV, KARD dan ALICE.


Lebih manis, penampilan kumpulan ditubuhkan pada 2019 itu diintai pengarah muzik dari Korea yang memuji muzik diketengahkan mereka menerusi laman sosial, Twitter.

Dalam pada itu, mengulas kejayaan meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, ABPBH 35, Tabby berkata, ia menandakan Dolla sudah mula berkembang selepas empat tahun.


"Dengan kemenangan ini, kami merasakan yang Dolla sudah mula berkembang selepas berada dalam industri muzik hampir empat tahun.

"Kejayaan ini memberi banyak motivasi untuk kami bekerja lebih keras. Kami juga akan menjayakan lebih banyak projek pada masa akan datang, jadi kejayaan ini memberi impak positif," katanya.

Terdahulu, Dolla hadir ke Studio NSTP, Balai Berita untuk menerima trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular yang diserahkan oleh Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.

Ia berikutan Dolla tidak dapat hadir selepas terikat dengan komitmen Konsert Rakyat Bersempena Sambutan 50 tahun Sarawak Merdeka yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu lalu.

Terdahulu, Dolla pernah mencetuskan fenomena dengan lagu Dolla Make You Wanna pada 2020 pernah menggenggam trofi Artis Baharu Wanita Popular, ABPBH 34.

Selepas menghasilkan single pertama, Dolla terus melonjak sehingga wajah mereka terpampang dalam papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Bulan lalu, Dolla tersenarai dalam kalangan 10 kumpulan antarabangsa yang perlu didengari seperti disyorkan saluran YouTube terkenal, MsMojo.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-7-2023 09:57 PM
berkembang macam mana tu?

badan masing2 kah

Quote winky1 26-7-2023 10:06 PM
saya baca Semakin berkemban...hha
Quote Ahgerbitch 26-7-2023 10:34 PM
Cuba lagi dek
Quote hanihan16 26-7-2023 10:41 PM
kenapa ye yang menang medal popular ni mostly ingat mcm dapat sijil graduation? bukti berbakat lah, org sayang lah, nak ke hollywood lah. yg menang seiring bakat tu takde hal lah. tapi yg menang sebab populariti kontroversi ni, hmmmmm sikit.

anyway, mcm manalah dia boleh terfikir nak guna nama dia sabronzo
Quote gerbera.memopad 26-7-2023 10:44 PM
You go girls! Good job, Dolla.
Quote Myeramie 27-7-2023 12:45 AM
Mmgla diorang ade kontroversi tapi diorang aktif jgk keluarkan lagu n lagu pon bestla jgk jdi nk kate tibuanita tu xboleh jgk.diorang klau lebih tone down seksiness ikut standart meleis mungkin lebih popular dari skrg tapi tula xleh nak paksa2.
Quote Selubung 27-7-2023 01:07 AM
Boleh nak berkembang dalam industri tapi mintak kurangkan seksi dan liberal tu.. yeksi meksi ya amat sis tgk. Diorg terlalu open minded for me
Quote selipar_hijau 27-7-2023 01:38 AM
Yeahh dolla!!!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.032662 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top