Pendakwah selebriti Da'i Syed memaklumkan isterinya iaitu Hana Ismail mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu. Syed atau Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, berkata, meskpun berat namun dia dan isteri reda dengan kejadian itu.
"Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata. "Sejujurnya, isteri saya memang hamil... tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja," katanya. Syed berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu. Menerusi video yang dikongsi, Syed dilihat sedang menenangkan isterinya yang terlantar di katil hospital. Tambahnya lagi, dia memohon orang ramai untuk mendoakan Hana yang akan menjalani rawatan mencuci rahim selepas keguguran di sebuah hospital. "Hari ini, isteri saya akan menjalani proses D&C (proses keguguran) di hospital KPJ... mohon doakan untuk beliau," ujarnya.
Sebelum ini, ketika dihubungi mStar, Syed berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dan akan mendedahkannya apabila tiba masa yang sesuai.
|
KamikuP replied at 27-7-2023 09:25 AM
Org tua dulu dah pesan, bila peknen jgn nak heboh sana sini, diam diam rilek sudah.. sap kok dulu.. ...
lasagna replied at 27-7-2023 10:43 AM
hhaa btul tu.. sama cam org cina, dah 3 bulan baru bleh inform..
kalau belum smp 3 bulan diam2 jer ...
pocongkiutss replied at 27-7-2023 02:06 PM
Diorg ni dah announce pregnant ke sebelum ni ? Iols x perasan pula..kalau iols la...dah selamat be ...
ADVERTISEMENT