Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Sitism adalah hasil duet bersama penyanyi terkenal, Datuk Awie. Berkongsi di platform radio Kool 101 segmen pagi bersama Haiza dan Muaz, penyanyi tersebut juga memaklumkan album terbarunya telah pun lengkap dengan 12 lagu.
"Ahamdulillah, akhirnya selesai juga album Sitism. Sebanyak 12 lagu ditampilkan dan ada satu lagu hasil kolaborasi bersama seorang artis lelaki yang dah lama saya impikan untuk berduet dengan beliau. "Saya rasa abang Awie pun dah bagi tahu, beliau akan menyanyi dengan saya. Cuma lagu macam mana, semua kena nantikan. Memang sangat lain daripada genre yang selalu abang Awie nyanyian," katanya. Perkongsian berkenaan meraih perhatian peminatnya yang teruja menantikan album Sitism. Bukan itu sahaja, ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan album tersebut sebagai koleksi peribadi. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT