CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Miera Liyana Tak Campur Langsung Urusan Suami Dan Madu "Saya Mahu Lebih Fokus Kepada Rumah Tangga, Anak Dan Tugas Sebagai Isteri"

26-7-2023 07:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2711| Komen: 27

 Miera Liyana  tidak sesekali mencampuri urusan rumah tangga suami, Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

Dia menyerahkan sepenuhnya kepada suami untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan isteri pertama.


"Saya tidak akan sesekali masuk campur dan tidak akan komen berhubung masalah mereka. Biarlah mereka selesaikan sendiri.

"Apa yang saya tahu, saya mahu lebih fokus kepada rumah tangga, anak dan tugas sebagai isteri.

"Sekiranya memerlukan saya untuk masuk campur, itu berbeza. Bagi saya, ada 'dinding' antara saya dan pihak sebelah sana. Saya lebih suka buat hal saya, dia pula dengan urusan hidupnya,"katanya kepada Melodi.

Foto: IG

Miera berkata, dia memilih berdiam diri atas sebab tertentu, selama ini.

Katanya, dia seorang yang perahsia, lebih lagi, membabitkan soal rumah tangga.

"Sepanjang hampir 14 tahun dalam industri seni, saya sudah menghadapi pelbagai kontroversi, malah lebih teruk daripada ini pun pernah rasa.

"Justeru, berdiam diri adalah jalan yang terbaik," katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengingatkan netizen agar tidak pantas membuat spekulasi kerana ada dua kisah di sebalik setiap cerita.

Namun, katanya, dia memilih memberikan sedikit sahaja kenyataan kerana mempunyai kisahnya yang tersendiri.

"Saya bukan bercakap saja-saja, tetapi disertakan bukit.

"Jika saya memilih berdiam diri pun ada sebab. Anda pun tahu saya dilanda pelbagai kontroversi, namun, disebabkan berkaitan soal rumah tangga, saya lebih suka menyimpannya sebagai rahsia.

"Cuma, netizen membuat spekulasi tidak betul. Sebab itulah, saya buat keputusan untuk memberikan sedikit kenyataan sebagai peringatan," katanya lagi.

Miera mendirikan rumah tangga bersama Rosland pada 25 Julai 2020 menafikan menjadi punca kepada keretakan hubungan suaminya dengan isteri pertama.

Miera juga menafikan dakwaan berkahwin dengan Rosland kerana kedudukan, sebaliknya percaya jodoh, ajal maut dan pertemuan ditentukan Allah.

"Spekulasi saya berkahwin dengan suami sebab kaya, itu salah. Kenapa saya hendak berkahwin dengan lelaki yang ada anak lima?

"Lebih baik saya berkahwin dengan lelaki berstatus, ada duit dan single. Semua ini tidak benar kerana saya berkahwin dengan suami atas sebab jodoh.

"Siapa yang mengikuti perkembangan saya selama ini pasti tahu saya bercinta dengan lelaki yang bagaimana. Saya tidak bercinta dengan suami orang, tetapi saya bercinta lelaki berstatus, tetapi jodoh saya ditakdirkan bersama Rosland.

"Memang Rosland untuk saya dan saya terima dengan hati yang terbuka," kata Miera.

Miera berkata, dia tidak selesa terlalu membahaskan soal perkahwinan, sebaliknya lebih gemar masyarakat memberikan fokus kepada kerjayanya.

Lagipun, katanya, dia mahu menjaga hati anak-anak terutama anak tirinya kerana enggan mental mereka terganggu.

"Saya dan suami tidak pernah babitkan anak-anak, sebab itulah saya memilih berdiam diri. Banyak sebab kenapa saya tidak mahu memberikan kenyataan.

"Ini kerana saya hendak menjaga hati anak-anak terutama anak Rosland. Mereka sudah menganggap saya seperti ibu, jadi fokus saya untuk menjadi ibu dan isteri, itu lebih baik daripada sibuk dengan kontroversi.

"Bagi saya, zaman kontroversi sudah berlalu. Setakat ini, saya memang tidak pernah bercerita masalah dengan anak-anak kerana tidak mahu mereka berdepan tekanan.

"Sebelum ini, jika ada yang bertanya mengenai isu rumah tangga, saya tidak mengiyakan dan menidakkan. Saya bagi jawapan di permukaan sahaja, jadi mereka fikir sendiri.

"Untuk mengatakan saya punca rumah tangga suami dan isteri pertama retak adalah tidak adil kerana ia kerja Tuhan," katanya.

Sementara itu, Miera meminta agar berhenti menggunakan namanya untuk mendapatkan publisiti.

Katanya, dia sendiri tidak melalui jalan mudah untuk berada di tahap hari ini.

"Saya berlakon sejak usia 15 tahun, bukan senang saya mahu membina nama dalam industri. Zaman dahulu, tiada platform sosial media atau TikTok, hanya bersandarkan kepada bakat untuk dikenali.

"Jadi, janganlah gunakan nama saya untuk membahaskan sesuatu masalah kerana ia tidak adil. Jadi, hentikan guna nama saya untuk raih populariti kerana saya sangat berahsia mengenai soal peribadi.

"Sebab itulah saya lebih suka mengunci mulut daripada bercakap," katanya. -CARI

Sumber: Berita harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-7-2023 07:20 PM
Adoii banyak bunyi plak penyondol ni...

Dah ler cara jawab haritu pun annoying duk tergelak2 macam mak lampir...

Quote Zeatyisaac 26-7-2023 09:47 PM
Tipu! Bukan dia ke yang terlebih meroyan, menjadi jurucakap suami dia yang tak sedar diri tu? Eh, lupa, suami dia tak sedar diri, tu pasal dia terpaksa jadi juru cakap kan?
Quote nad014 27-7-2023 07:47 AM
ayat dia masa kat melodi itu hari , dah jodoh .......
Quote youell 27-7-2023 07:50 AM
Podaahhhhhhh...
Quote miss_strangers 27-7-2023 07:57 AM
Terpaling misali la betina penyondol ni ...bila nk tunjuk masak2 cm bighah bohsia?
Quote prizadane 27-7-2023 08:02 AM
Berlakon sejak usia 15 tahun dan popular kerana bakat? Seriously? 1 pun lakonan kau hakak tak ingat dekkk!!! Owh, gambar nak teks tu kerana bakat? Ke nak jual teks je masa tu?

Famous pun sebab gambar teks, pastu bercinta dengan shah jaszle je.
Quote ayukpingu 27-7-2023 08:08 AM
ye ye la tu...kelibat mak mentua teman menantu pergi turun naik mahkamah tu ape crite? takkan la mak nak lebih kuah dari sudu...
Quote cm_vungtau 27-7-2023 08:42 AM
Sian pulak budak2 tu dapat bapak dah tua .
Quote acikbajuhijau 27-7-2023 08:45 AM
acik lebih suka kalau seorang penyondol tu duduk diam dari memekak macam ni.
Quote rosedemon 27-7-2023 09:01 AM
diamlah penyondol
Quote msdummy.2018 27-7-2023 09:36 AM
Saya bercinta dgn laki ada status tp bukab laki orang? Mksdnya ko nk yg kaya jer kannnn...mksdnya si roslan ni plg kaya ko pernah dpt kan?peduli haper dia laki orang ker tak ..sauk jerlah
Quote nano 27-7-2023 09:40 AM
Tak masuk campur...
suruh laa suami tu bg balik anak isteri pertama tu kt mak dia...
takyah sibuk nak bela anak org...

tak masuk campur..
tp mak dia pi teman laki dia naik court...
konon bukan dia laa.. so takleh nak kata dia laa... hahahaha

kelako jugak minah ni
Quote ketambangkang 27-7-2023 09:41 AM
sorry, anak si tua ni ngn bini pertama ada rupa lawa2..ngn si ondol ni tak menjadi la bakanya
Quote t_hahahaha 27-7-2023 11:05 AM
duduk diam mksudnya tak perlu komen kan panjang kan
Quote OsHiN_hOnEy 27-7-2023 11:07 AM
mmg lar dia tak amik tau
kan dia htr mak and abg dia amik tau
Quote LaskarHijayu 27-7-2023 12:26 PM
Dalam gambar kat atas ni yg suami dia dukung tu ke anak dia yg nama rachel tu? Adoii
Quote marchikobonzo 27-7-2023 01:01 PM
Penyondol tersakiti pulak
Quote codenamedream 27-7-2023 01:17 PM
Saya tidak bercinta dengan suami orang, tetapi saya bercinta lelaki berstatus, tetapi jodoh saya ditakdirkan bersama Rosland.

Rumah tangga suami dan isteri pertama retka adalah kerja tuhan.

Konsepnya God Blaming
Quote bynroslan 27-7-2023 02:50 PM
Makin bunyi makin bodoh dia ni tau. Dia ni paham ke tak apa yg dia sendiri cakap tu? Tak ambil tahu, tapi ambil anak dan hantar mak and abang untuk masuk campur. Piiiiiraahhh

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.208977 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top