CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem Vik2ria Secret Bakal Tembusi Pasaran Indonesia, "Di Malaysia Tak Laku Sebab Sama Tarikh Tayangan Dengan Polis Evo3"

26-7-2023 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1299| Komen: 11

Walaupun tidak berjaya mendapat kutipan panggung memuaskan di Malaysia, penerbit Vik2ria Secret, Sheunik Sdn Bhd, bakal membawa filem itu ke pasaran Indonesia menerusi platform over-the-top (OTT) .


Menurut pengarah urusannya, Richard Ung, pihaknya sedang merangka strategi pemasaran dan penayangan bersama platform over-the-top Indonesia, Video.com.



“Selama ini tidak ada filem daripada Malaysia yang memasuki platform OTT Indonesia Video.com.

“Maka, kita akan jadi filem Malaysia pertama yang akan ke sana.

“Kami mahu tembusi pasaran Indonesia. Penting untuk kita dapatkan platform dulu. Bila ada platform, maka akan ada peluang untuk dapat pulangan dari produk filem kita,” katanya kepada Utusan.

Pihaknya turut mengulas mengenai jumlah kutipan filem sekitar RM5,000 walaupun menerima Dana Kandungan Digital berjumlah RM550,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


“Tarikh tayangan filem ini ditayangkan kurang sesuai kerana harus bersaing dengan filem besar yang lain seperti Polis Evo3, Flash dan Transformer walaupun ia memiliki plot cerita yang menarik.

“Return of Investment (ROI) sesuatu filem bukan hanya di panggung. Panggung adalah fasa satu dan lebih kepada memberi pengiktirafan.

“Mungkin pendekatan terus kepada platform over-the-top. Waktu kini pasaran filem termasuk Hollywood sedang menghadapi kemerosotan sehingga 90% di panggung.

“Jadi tidak mustahil sekiranya filem tempatan turut terkesan. Kita akan mencari jalan yang terbaik untuk bangkit semula,” kata pengurus Sheunik, Rosnie Yat.

Sebelum ini, filem Vik2Ria Secret mencuri tumpuan apabila warganet mempersoalkan mutu dan hasil naskhah yang dianggap kurang memuaskan walaupun menerima bantuan dana daripada kerajaan.

Vik2ria Secret arahan AR Badul yang memaparkan cerita dan rahsia ‘dalam kain’ wanita ditayangkan di pawagam bermula 15 Jun lalu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 26-7-2023 08:54 PM
Wei malu juga laaa nak bawak ke indon sana filem gini.. 5000 je ke? Apa teruk sangat????
Quote dudaberhias 26-7-2023 09:33 PM
Demi nak cover malu... lepasni boleh la claim kutipan 3 juta sebab bukan orang tahu pun kan di tayangkan di negara yindu majapahit...

hujung2 kutipan hanya cukup untuk belanja bakso dan nasi ayam penyet untuk 7 orang... boleh la pengarah finas yang approve tu merasa ayam penyet dari indon...

Quote Suchi 26-7-2023 09:41 PM
Pilem mat kilau pun sendurina je kutipannya kat sana.
Kat panggung pun takde org.
Kalau polis evo tu mungkin la ramai yg nak tonton kalau tayang kat sana.
Quote tulip-rain 26-7-2023 10:10 PM
Aku tengok poster filem ni pun dah sakit hati, rasa nak marah.
Entah ape2 entah.
Quote prizadane 26-7-2023 10:12 PM
Tapi mungkin filem ni boleh laku di yindon. Target market adalah di kawasan kampung… kalau town people, memang takkan layan
Quote adikfatin 27-7-2023 07:53 AM
Poster design mana dia pakai ni? Tak menarik lah. Mcm zaman 20 tahun terkebelakang ….
Quote kuceeng 27-7-2023 08:30 AM
mslhnye ade ke filem msia yg laku kat indon?  x pernah tau sbb x nak ambik tau
yg movie munafik dulu meletop ke?
Quote jiwakacau06 27-7-2023 08:33 AM
kuceeng replied at 27-7-2023 08:30 AM
mslhnye ade ke filem msia yg laku kat indon?  x pernah tau sbb x nak ambik tau
yg movie munafik dulu ...

mat kilau pn flop dkt indon.. ni kn crta badul...tggu jela brpa org bli ticket
Quote azimodin 27-7-2023 08:37 AM
I rasa ada je filem/drama malaysia yg boleh tembus pasaran indonesia sana. Kalau tengok video kampung pisang kat youtube, banyak je komen dari seberang. Siap ada yg buat video "alur cerita" kampung pisang & filem munafik. Tapi kalau filem sesampah gini silap2 kena ludah
Quote kuceeng 27-7-2023 08:43 AM
azimodin replied at 27-7-2023 08:37 AM
I rasa ada je filem/drama malaysia yg boleh tembus pasaran indonesia sana. Kalau tengok video kampun ...

oh perasan gak lps munafik kluar byk pulak movie2 seram islamik indon buat kan? yg tiru bulat2 pon ade, roh fasik ke mende...cume igtkan sbb popular kat streaming sites...
Quote rosedemon 27-7-2023 09:01 AM
yelaaaaaaaaaaaaaa semuanya delusionalll

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.033465 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top