Tular satu video, memaparkan Tokti sedang merakam suaminya Datuk K yang sedang mengunting rambut anaknya, Afwa. “Ibu kena jenguk dari jauh, kalau ibu dekat nanti takut dia meraung nak ibu. Anak ayah takleh orang sentuh rambut dia, ayah je boleh potongkan,"kata Siti.
Rata-rata netizen teruja apabila melihat video tersebut. Mereka menyatakan perkara yang sama yang berlaku kepada mereka dan adik beradik serta anak-anak ketika masih kecil. “My son dulu arwah ayah saya saja boleh guntingkan rambutnya, kalau bawa ke kedai, menjerit2 dia. Padahal tak pernah berjaya potong rambut kat kedai pun” “Dulu arwah abah saya pun selalu potong rambut masa saya sekolah rendah”
“Sama la anak lelaki aku pun kena papa dia yang potong rambut tapi mak dia kena pegang la sebab dia mengelupur” “Sama macam saya kecik2 dulu, suka suruh ayah tolong guntingkan rambut”komen netizen. -CARI
|
ADVERTISEMENT