CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Thalia Kena Buatan Orang? Sesak Nafas Macam Nak Mati, Tangan Rasa Dicucuk-Cucuk "Mungkin Dia Tak Nak Saya Pegang Mikrofon"

26-7-2023 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1107| Komen: 15

Tiga tahun menanti, akhirnya impian Thalia untuk mewakili Malaysia di pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) bakal tercapai.

Thalia atau nama sebenar Ketty Natalia binti Rasul, 35, memberitahu dia akan berangkat ke California, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis ini.


Foto: IG

“InsyaAllah 27 Julai ini saya akan terbang ke California untuk mewakili Malaysia dalam kategori vokal selepas tiga tahun tertunda.

“Tiga tahun lepas saya dah lulus uji bakat tapi sebab kekurangan dana itu menyebabkan tertunda, masa tu stress juga fikir dan macam-macam terjadi tapi Alhamdulillah tahun ini saya berjaya kumpul hampir RM50,000,” ujarnya kepada mStar.


Dalam pada itu, Thalia mengakui ada segelintir masyarakat termasuk selebriti memperlekehkan usahanya untuk mewakili Malaysia ke WCOPA.

“Bukan seorang tapi beberapa individu dan ada juga dalam kalangan rakan artis sendiri seolah-olah memperlekehkan usaha saya ke sana.

“Ada juga yang cakap saya minta sedekah tapi pada saya impian masing-masing kita ada hak untuk impian apa yang kita nak dalam hidup.


Dalam pada itu, Thalia turut mendedahkan dia ada menerima gangguan misteri sehingga badannya mengalami kesakitan.

“Saya tengah tidur... boleh terbangun, menangis dan sesak nafas macam nak mati selepas itu tangan rasa dicucuk-cucuk tak boleh pegang apa-apa... mungkin dia tak nak saya pegang mikrofon.

“Sakit tu saya je yang rasa, kalau mungkin ada yang tak faham akan kata buat-buat, itu terpulanglah... saya anggap ini sebagai satu cabaran buat saya,” katanya. -CARI

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-7-2023 04:55 PM
Semoga maju jaya walaupun who is yuhhhh...

Dan tu bukan buatan orang pun nyah baik pergi check dekat hospital....
Ko penyanyi sendu jah sape je nak sihir tu....

Quote I.K.A888990 26-7-2023 05:59 PM
tingginya dia ni ke filter
Quote anilanil 26-7-2023 07:30 PM
Ntah2 ko kolestrol tinggi nyah..gi la buat full package health screening. Umo da 30 plus.
Quote annadonna 26-7-2023 08:10 PM
Ko anxiety tu nyehhh
Quote MistrezHermanaz 26-7-2023 11:01 PM
Dia ni yg kurang ajar menjawab kn masa all together now tu.. Pastu masa program mentor tu xde jd anak didik bwh sapa2 dh nape masih pakai nama Thalia mentor
Quote EriaDoritis 26-7-2023 11:20 PM
Tu anxiety lah
Quote Nanadjo 26-7-2023 11:34 PM
Kau ni apa? Kau tinggal sini ke? Yihhh retis datang dari hulu banat mana ni?
Quote chiyoasuka 27-7-2023 12:47 AM
siapa dia ni? baru kenal
Quote Perawankota 27-7-2023 03:28 AM
Knp world championship ni kena pakai duit sendiri yer?
Sebelum ni si Ashira pon tak jadi pi sebab tak cukup dana
Quote sukacactus 27-7-2023 05:53 AM
Dia ni yg jd ank didik ziana dlm mentor dl kan
Pastu buat hal, kena drop, ganti dgn mohamad, pun sendu jg ke dua2nya
Quote Coklatpanas 27-7-2023 07:02 AM
Ramai nya artis yang i tak kenal skrg ni
Quote bellaamsar 27-7-2023 07:04 AM
Bawak2 check spital sbelum tuduh org bomohkan. Tah2 jantung atau anxiety
Quote shernazz 27-7-2023 07:11 AM
Adek ipar iols Jadi gitu le...
Dia riso igtkan sakit jantung
Gi jumpa doc..rupanya anxiety ..
Huhu...
Quote lyshafull 27-7-2023 07:47 AM
“ mungkin dia tak nak saya pegang mikrofon.”

Delulu so much
Quote rosedemon 27-7-2023 08:57 AM
iye2 je ko  buatan orag sape nk buat kola org xkenal ko pon lahhhhh feeling btol

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.075986 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top