Sophia AlBarakbah, 30, menafikan dakwaan dia sudah mula 'demand' bayaran selepas menang trofi Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35). Walaupun sudah empat tahun berlakon, dia masih menganggap dirinya masih baru dalam bidang lakonan.
"Tidak terfikir pun untuk 'demand' harga kerana saya masih baru. Jika nak dibandingkan dengan calon Top 5 lain dalam kategori itu seperti Maya Karin dan Diana Danielle, saya anggap diri ini 'kecil' untuk bersaing dengan mereka. "Namun, saya akan bekerja keras untuk memperbaiki prestasi lakonan sedia ada agar mampu duduk sebaris dengan mereka nanti," katanya kepada Harian Metro.
Selain Maya dan Diana, Sophia juga menewaskan Bintang Paling Popular ABPBH34, Janna Nick dan pelakon baru meningkat naik Ahirine Ahiruddin. Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya dipertikaikan segelintir netizen, Sophia berkata, dia hanya membaca komen yang positif di media sosial.
"Saya tidak mahu baca komen yang negatif. Saya percaya ramai tidak tahu saya bermula dengan berlakon filem. Filem pertama ialah Mimaland berganding dengan Fattah Amin pada 2019. "Saya mula berlakon filem ketika dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan peminat pun tidak pergi menonton wayang ketika itu," katanya.
Selain filem Mimaland, Sophia turut berlakon dalam beberapa filem seperti Jerangkung Dalam Almari, Pasal Aku, Ada Hantu 1 dan Ada Hantu 2. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|