Pelakon senior, Norish Karman menafikan tuduhan segelintir pihak mendakwa dia mengambil suntikan Botox di bibir dan hidung untuk kelihatan cantik sebaliknya ia adalah warisan arwah bapanya, Ustaz Karman yang berbibir tebal.
Menurut Norish atau nama lengkapnya Nor’Ashikin Karman, lebih baik dia menggunakan wang untuk bersedekah kepada golongan memerlukan berbanding menjalani prosedur mengubah wajah. “Saya tiada duit untuk buat suntikan atau pembedahan kecantikan. Hidung mancung kerana arwah umi (mak) ada keturunan Arab. “Malah, lebih baik guna duit untuk infaq kepada insan-insan memerlukan atau belanja anak-anak dan sahabat,” katanya. Dalam pada itu, pelakon asal Singapura itu mengakui takut dengan barangan tajam dan tidak tahan sakit sekiranya mahu melakukan sebarang pembedahan. “Tidak. Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.
“Saya tidak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah. “Tidak juga akan melakukan Botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit,” ujar aktres berusia 49 tahun itu. Bagaimanapun, Norish yang percaya dengan kecantikan semula jadi reda dan akan menghadapi segala kecaman sekiranya dilanda pelbagai tuduhan melulu dengan hati yang terbuka selagi bergelar selebriti. “Ya, saya tidak suka memakai maskara. Saya benci bulu mata palsu dan memang tidak pandai pakai. “Macam-macam tuduhan saya redah dalam kehidupan. Pelbagai fitnah saya hadapi dengan senyuman. “Segala macam pancaroba saya lalui dengan kesabaran yang tiada noktah,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Kancilkering replied at 27-7-2023 08:12 AM
dia ni pun age gracefully…..
dari dlu lawa
Incanto replied at 27-7-2023 08:30 AM
sbb dia ada affair dgn adik faradhiya
sampai ada anak
zuriey replied at 27-7-2023 08:39 AM
i igt lagi masa NK beranak tu si fd n mak nya dtg tgk dkt hosptl .tp tak kahwin juga ye dgn adik f ...
makita replied at 27-7-2023 08:45 AM
Dah tua2 pon boleh tersalah arah.
Meols rasa dia ni level poyo mcm sama dgn acik nora tiada roh ...
ADVERTISEMENT