Fasha Sandha sambut hari lahir suaminya, Aidil Aziz yang ke-36, baru-baru ini. Di Instagram, Fasaha berkongsi vido memaparkan sambutan hari lahir buat Aidil yang dihadiri keluarga dan individu rapat. “Happy birthday my love. Pejam celik dah 6 tahun sambut birthday you. How time flies. Semoga kita akan terus sambut birthday bersama sampai kita tua. Wishing you all the best sayang. Ucapan panjang-panjang antara kita je tau,”tulisnya sebagai kapsyen. Dihujani dengan ucapan sempena hari lahir Aidil, gelagat Fasha mengangkat suaminya turut mengejutkan peminatnya yang terpegun dengan kekuatan tubuh badan pelakon drama Rampas Cintaku 2 ini.
Antara komen: “Biar betol Fasha angkat Aidil. Ke salah tengok ni. Steady laa.” “Kuatnya angkat Aidil. Waaa hebat.” “Fasha angkat Aidil!? Terkezut i. Gagah betul.” “Si kecik tu sejibik ayah dia ek. Kuat betul fasha, rare ye isteri angkat suami.”
“Uishh slim bukan sebarang slim, kuatnye Fasha angkat Aidil ke Aidil ringan sangat.” “Happy birthday bro. May Allah bless you. Semoga panjang umur dan murah rezeki.”
Sekadar info, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Malah, Fasha juga dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma hasil perkahwinan pertamanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|