Video nyanyian Liyana Jasmay di pelancaran sebuah produk kerusi urut baru-baru ini, mendapat perhatian ramai.
Melihat ruang komen video itu dikongsikan, ramai warganet seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat dan dengar ketika aktres berusia 35 tahun berkenaan membuat persembahan. Menerusi video itu, selain nyanyiannya dipersoal, dia yang tampil dengan serba merah jambu dilihat gagal sambutan ketika cuba berinteraksi dengan penonton. Ekoran itu, ada yang menyifatkan Liyana syok sendiri walaupun nyanyiannya kedengaran seperti berdialog. - CARI |
ADVERTISEMENT