Seorang individu mendedahkan dia mampu meraih pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit bermodalkan kepakaran 'menjual air liur'. Lelaki Malaysia berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengurus kejuruteraan dalam sektor perbankan di Singapura menerusi satu perkongsian di Facebook MalaysianPAYGAP mendedahkan dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya selama 10 tahun bekerja di syarikat itu sehingga kini.
Jangan terkejut, pendapatan bulanannya mencecah SGD12,000 (RM41,000) malah memperoleh bonus sehingga dua hingga empat bulan. "Saya hanya ada pengetahuan asas CI/CD (Continuous Integration/Continuous Delivery) dan beberapa perkara tentang teknologi. "Malah perlu buat carian di Google untuk menggunakan asas Jira (perisian). "Jadi bagaimana saya bertahan? Saya mendapati diri saya cukup pandai membuat orang lain menganggap saya pakar walaupun tidak mengetahui apa-apa. "Saya pandai bercakap tentang sesuatu, pandai membuat road map yang dirancang dengan baik seperti difikirkan oleh perniagaan sebagai pelan induk, namun ia tidak pernah berkesan," kongsinya. Selain itu, lelaki berkenaan juga tidak malu mendedahkan dia bijak 'menjual air liur' untuk kelihatan hebat di hadapan majikan malah sentiasa berpura-pura sibuk. "Bagaimana pula saya laksanakan kerja? Saya pastikan pelaksanaan projek kelihatan sangat rumit dan minta bajet untuk mengupah pakar. "Ya, saya membayar kontraktor 20 peratus hingga 30 peratus lebih tinggi, dia menyelesaikan kerja, saya mendapat kredit dan begitulah cara saya bekerja tanpa mengetahui apa-apa," dedahnya lagi. Pada akhir perkongsiannya, lelaki tersebut mengakui sungguhpun mendapat gaji yang tinggi, namun dia tidak merasa kepuasan memandangkan semuanya diperoleh tanpa kepakaran sebenar. Menjengah ruangan komen, ada antara netizen yang membangkitkan soal keberkatan rezeki yang diperoleh dengan cara sedemikian. "Tak halal... nanti kena jawab di hari kemudian. "Sebab itu aku tak nak jadi EM (Pengurus Jurutera). Tapi based on (berdasarkan) cerita dia ni, kau dah tahulah EM tak tahu apa-apa... berlakon je. "Amazing... sometimes I wish I had to talk cock skill (Menakjubkan, kadang kala saya harap dapat kemahiran cakap besar)," demikian antara komen netizen. Sumber: mStar
|
annehuda replied at 1-11-2023 11:12 AM
aku ada sorg kolig mcm ni. kitorg ni sama level tapi lain2 unit la, cuma kitorg ni satu dept dan be ...
ADVERTISEMENT