MK K-Clique membuat kejutan untuk isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin sempena menyambut ‘monthsary’ pertama mereka selepas sebulan mendirikan rumah tangga. Di Instagram MK berkongsi video membawa isterinya yang berusia 26 tahun itu ke sebuah hotel untuk meraikan momen istimewa tersebut.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan. Happy monthsarry sayangku,” tulisnya sebagai kapsyen. Video berkenaan memaparkan MK menutup mata isterinya dengan menggunakan kain penutup mata sebelum menerima reaksi positif daripada Siti Hajaar sebaik masuk ke dalam bilik hotel. “Happy first monthsary! I love you, semoga sampai ke anak cucu. Insya-Allah,” kata MK sambil mencium tangan isterinya.
|
ADVERTISEMENT