CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Gurau Je, Takkan Semua Perkara Nak Serius' - Baby Shima Tahu Mustahil Bertanding PRN

26-7-2023 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 687| Komen: 6

“Shima gurau sahaja. Tak akan semua perkara hendak serius. Shima juga tahu memang tak akan bertanding."

Demikian kata penyanyi Dangdut, Baby Shima yang menjelaskan hantaran video di media sosial mengenai dirinya akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hanyalah gurauan semata-mata.



IG

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata, tujuan dirinya membuat perkongsian tersebut adalah demi menggalakkan orang ramai turun mengundi.

“Jadi, kalian perlu turun mengundi nanti dan pilih calon yang terbaik. Jangan sampai Shima jadi calon,” katanya menerusi kiriman WhatsApp di sini, hari ini.

Terdahulu, Baby Shima memberi bayangan akan bertanding dalam PRN selepas membuat pengakuan secara terbuka dalam Instagram.



Malah, dia turut memuat naik video bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan nada berseloroh yang mahu dirinya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Kelantan.



PRN di enam negeri diadakan serentak 12 Ogos depan sebagai hari pengundian, manakala, 29 Julai ini adalah hari penamaan calon seperti diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pembabitan artis atau golongan selebriti dalam gelanggang politik bukan sesuatu yang asing kerana ramai yang pernah mencuba nasib seperti Azwan Ali, Aishah, Herman Tino, Datuk Eizlan Yusof dan Lando Zawawi.

PRN kali ini menyaksikan penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman diumumkan bertanding bagi kerusi DUN Lembah Jaya di Selangor atas tiket PKR.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-7-2023 12:16 PM
elok lah gurau je sebabnya memang takde sape kosser nak ngundi pun...

yang si diba aa tangan kudis kaki kudis tu duk kacau rendang untuk berkempen haritu pun dapat undi boleh kira pakai jari jah...

Quote apech 26-7-2023 12:46 PM
dudaberhias replied at 26-7-2023 12:16 PM
elok lah gurau je sebabnya memang takde sape kosser nak ngundi pun...

yang si diba aa tangan kudis  ...

loh berkudis ke dia. Org bela kucing mmg selalu berkudis. ke dia kencing manis?
Quote dudaberhias 26-7-2023 12:58 PM
apech replied at 26-7-2023 12:46 PM
loh berkudis ke dia. Org bela kucing mmg selalu berkudis. ke dia kencing manis?

kencing manis kot tapi berkudis gila kaka...trauma iols tengok yach...macam kesan shave pakai grinder...


FuyikbLaQAIsEtW.jpeg Fuyikb2aAAEwBbb.jpeg


Quote apech 26-7-2023 01:20 PM
dudaberhias replied at 26-7-2023 12:58 PM
kencing manis kot tapi berkudis gila kaka...trauma iols tengok yach...macam kesan shave pakai grind ...

iyekkk kudis kencing manis nih... tambah2 dikelilingi kucing kotor.
Quote kkm123 26-7-2023 02:38 PM
Beby Shima bleh trade dengan AMarkets untuk bertanding PRN. Bleh cover duit deposit
Quote wannoorazlina 26-7-2023 03:05 PM
musim2 pilihan raya ni tak payah la nak gurau bibik shima oii..
dah, pi main jauh2 balik konoha sana

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.226666 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top