CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mental Ubai Terganggu, Menangis Bila Ibu Pesan 'Apapun Jadi Majlis Kahwin Dengan Shila Diteruskan'

26-7-2023 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4639| Komen: 55

Pempengaruh dan penerbit kandungan, Ubai tidak dapat menahan sebak apabila ibunya, Rohani Jamal sempat memberi pesanan terakhir supaya meneruskan majlis perkahwinannya dengan penyanyi Shila Amzah pada Ogos depan diteruskan seperti biasa walau apa pun terjadi.


Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli, 25, memberitahu dia menangis apabila mendengar pesanan menyentuh hati itu sebelum ibunya ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin.


IG

“Ibu ditidurkan bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggung. Semalam sebelum dia ditidurkan dia pesan suruh saya menjaga diri dan jaga adik dengan baik.

“Malah, ibu pesan lagi apa pun jadi pada dia…Dia mahu majlis perkahwinan kami diteruskan seperti yang dirancang. Saya sedih dan menangis bila dia berkata begitu.

“Saya paling rapat dengan ibu, jadi kami banyak berkongsi cerita bersama. Lagipun dia orang paling teruja dan gembira bila dapat tahu saya dan Shila hendak berkahwin,” katanya kepada Astro Gempak.


Dalam masa sama, Ubai yang menanti apa jua kemungkinan akan berlaku kepada tahap kesihatan ibunya yang menghidap kanser ovari tahap tiga, tidak menafikan mentalnya kini juga terganggu.

“Boleh katakan setiap hari saya menangis. Melihat keadaan ibu lagi sebegitu. Saya menjenguknya di hospital setiap hari dan bergilir -gilir jaga dengan ayah.

“Mental saya juga terganggu…saya jadi ‘lost’…majlis pun semakin dekat dan lihat lagi keadaan ibu begini.

“Saya harap ibu kuat dan dapat melawan penyakit ini. Doktor juga beritahu akan lakukan yang terbaik untuk kesihatan ibu,” ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 26-7-2023 09:41 AM
kasih ibu…  tetap nak anak bahagia walau tanpa dia…
Quote prince_marhaen 26-7-2023 10:23 AM
kalau xila amxia xinxang tak kemaruk boleh je tangguh dulu sampai mak bubai ni betul2 sihat..
Quote dudaberhias 26-7-2023 11:33 AM
semoga di permudahkan urusan ubai dan xila untuk melambung sampai ke syiling...

Quote brunesss 26-7-2023 11:44 AM
Ubaidillah hmm
Quote Afifi82 26-7-2023 12:29 PM
Semoga ibu cpt sembuh.. Amin..
Quote helicornia 26-7-2023 12:46 PM
prince_marhaen: kalau xila amxia xinxang tak k ...

Tu la.i pikir jugak mak tgh sakit tenat sibuk nk kawin.dh le anak lelaki. Dia nk kawin bln 8 kan.tangguh la dulu dia pun muda lagi.Tp Kang ada kecam aku cemburu pulak
Quote merah_arjuna 26-7-2023 12:55 PM
Semoga dipermudahkan semuanya..
Quote doubleA 26-7-2023 01:00 PM
Sepatutnya boleh je tangguh dulu kan, ni mak sakit ko pun sibuk gk dgn majlis. Tak penat fizikal pun mental penat. Ko tegar ke nak sengih2 atas pelamin rasa berbahagia tapi tau mak dok di katil hosp? Kalau tak menyabar tu tak boleh buat apa la. Mak ko tau korang tak menyabar, tapi yg pompuan pun dah tunang dok stress mental tak kisah ke? Ke konon dah kawen senang bagi sokongan lebih?
Quote laksmanabentan 26-7-2023 01:23 PM
doubleA replied at 26-7-2023 01:00 PM
Sepatutnya boleh je tangguh dulu kan, ni mak sakit ko pun sibuk gk dgn majlis. Tak penat fizikal pun ...

lps tu beriya2 upload plan la... progress ler...
preparation ler...
saja nak bagi pressure kat famili lelaki la tu...

Quote cik_ingeniare 26-7-2023 01:29 PM
Sejujurnya bagi meols memang serabut kalau mak meols tengah sakit, side sebelah sana beria-ria duk upload segala plan apa semua.. meols akan mintak waktu bertenang supaya boleh fokus jaga mak meols
Quote CiliPadiSedap 26-7-2023 01:33 PM
Cleocatra replied at 26-7-2023 12:10 PM
Memang sekarang ni bila nak kurang sakit kena ditidurkan ke?
Dulu2 la, jarang sangat dengar pesakit  ...

menurut pengalaman kaka zaman covid 19 dulu


pesakit ditidurkan sbb organ tak berfungsi dengan normal. cm covid19 sebab paru2 xboleh kerja. jadi direhatkan sampai pulih untuk di bangunkan

dulu kaka pernah ditidurkan. bila bangun ada nurse tampar muka kaka. dia takut kaka muntah pengalaman kaka segala doa kaka hafal kaka baca sebelum di biuskan. bius ni xblh lawan kalau minum kopi satu tempayan. mmg xsedar dh tahu2 dh siap major surgery.
Quote CiliPadiSedap 26-7-2023 01:39 PM
friska mesti jealous orang lain nikah bahagia dia nikah kena kecam satu forum sebab sondol suami orang.

perasan tak lately ni friska rajin buka thread hina orng malaysia, contoh berak dalam jamban pun dia busy body.

actually suami dia tengah honeymoon dengan isteri pertama dekat perth australia. siap peluk kangaroo lagi. friska honeymoon kat janda baik je. tu pun belakang reban ayam belanda

kepada friska, kami faham kenapa anda kerap meroyan lately. sebab kurang perhatian suami kan? sebab isteri pertama pg honeymoon berbulan madu.
Quote rayna_raynes 26-7-2023 01:56 PM
Cleocatra replied at 26-7-2023 12:10 PM
Memang sekarang ni bila nak kurang sakit kena ditidurkan ke?
Dulu2 la, jarang sangat dengar pesakit  ...

dari dulu pun sama. Kalau patient in extreme pain kadang2 perlu sedated supaya boleh rehat

cuma dulu orang tak biasa dengan istilah 'ditidurkan' tu.

lepas covid baru biasa


Quote rayna_raynes 26-7-2023 01:58 PM
laksmanabentan replied at 26-7-2023 01:23 PM
lps tu beriya2 upload plan la... progress ler...
preparation ler...
saja nak bagi pressure kat fam ...

patutnya putuskan je la tunang kan. kensel je semua persiapan. takyah nikah.

Quote anony-mous 26-7-2023 02:01 PM
Ada hikmah kot. Their relationship either grown stronger or broken terus
Quote anony-mous 26-7-2023 02:02 PM
CiliPadiSedap replied at 26-7-2023 01:33 PM
menurut pengalaman kaka zaman covid 19 dulu



Klau czer yg bius 1 bdn tu kira ditidurkan ke?
Quote CiliPadiSedap 26-7-2023 02:11 PM
anony-mous replied at 26-7-2023 02:02 PM
Klau czer yg bius 1 bdn tu kira ditidurkan ke?

kalau mata tertutup masa bius ditidurkan , kalau mata terbuka biasanya badan yang nak operate je dibiuskan contoh bersunat berkhatan

kat indonesia dia orang sunat pakai batang pokok pisang, lepas tu angry bird di keraskan supaya kepala timbul, lepas tu di potong guna pisau gilete rambut tu buat kulup

lepas tu friska baca komen ni sambil tangan tahan nak reply
Quote jlo 26-7-2023 02:25 PM
moga diberi kesembuhan..amin yra
Quote kkm123 26-7-2023 02:28 PM
Semoga dipermudahkan semuanya..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043797 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top