CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Akan Buat Majlis Kahwin Walaupun Dah Tua Dan Pasti Akan Jemput Ellie" - Azri Iskandar

26-7-2023 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2504| Komen: 28

“Saya akan jemput bekas isteri, Ellie untuk datang ke majlis perkahwinan saya."

Pelakon Azri Iskandar yang masih dalam perancangan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Dr Azra, mendedahkan akan menjemput bekas isterinya iaitu Ellie Suriaty untuk hadir ke majlis perkahwinannya.



Gempak

“Itu sudah pasti. Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia,” katanya kepada Gempak ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, niat murni Azri atau nama penuhnya Azri Iskandar Zulkiffly, 55, masih tertangguh berikutan belum ada wang mencukupi untuk menanggung kos majlis perkahwinan.

“Saya akan buat majlis, walaupun dah tua. Untuk makan-makan, gathering kawan-kawan dan juga bergambar.

“Memang target (untuk berkahwin) seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah. Mungkin tahun ini juga insya-Allah.


“Jika betul saya akan mendirikan rumah tangga, saya akan kongsikan dengan semua,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azri menyifatkan hubungannya dengan Ellie masih baik, malah lebih bagus berbanding ketika masih bergelar suami isteri.



“Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin. Kalau takda duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah,” kongsinya.

Ditanya sama ada Dr Azra sudah bertemu dengan anak-anak, Azri berkata ringkas sambil menutup bicara: “Belum… dia sibuk." 

Azri dan Ellie yang bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 26-7-2023 09:25 AM
tak segan tu citer pinjam duit janda.. adoiii
Dr Azra tu tak baca ni ke? hahaha.. ooo lupa, Dr Azra tu cuma ikan keli
Quote helicornia 26-7-2023 09:25 AM
Adoi lawak pagi2 ni
Quote anilanil 26-7-2023 09:44 AM
Nape tak pinjam duit dr azra...sebab akaun bank dia pon tak wujud kan. Dr azra ni berapa tahun la nak buat make over kecikkan badan & mata buntang dia tu. Ni la padahnya tipu warga emas.
Quote sukacactus 26-7-2023 09:57 AM
Dah nak dekat setahun lari dari tarikh asal
Bersangka baik sungguh la pokcik jeri ni
Quote prettyuglybabe 26-7-2023 10:01 AM
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Quote eyansss 26-7-2023 10:02 AM
ya Allah…  apala perasaan anak2 dia weih dapat bapak gila bayang pada orang yang tak wujud ni…
Quote Lolalala 26-7-2023 10:04 AM
Ada ke Elly pinjam duit hang Pakcik Jeri oiiii. Kikikiki memang terbaik laaa Elly terlepas dari biawak ni. Kat rumah mesti head to toe Elly yg sediakan. Silap² dah makan pun Elly yg kena angkat pinggan pi sinki
Quote Klassie 26-7-2023 10:17 AM
Tertunda sebab tak cukup modal dan wajah kekasih masih samar samar bayangan
Quote PinkyPie 26-7-2023 11:07 AM
Punya lama couple, anak anak pun tak jumpa lagi bz btol Datuk Seri Dr Azra niehhhhh, ngalahkan pm
Quote menjad 26-7-2023 11:09 AM
Dari hujung tahun lepas kot. Tahun ni pun tinggal lagi 5 bulan nak masuk tahun baru. Bila majelis nya tuhhhh
Quote hzln 26-7-2023 11:12 AM
Tora datang lagiiiiiii
Quote 3chanceno 26-7-2023 11:12 AM
Tak tahu nak gelak atau simpati dengan pakcik nie
Quote oreocheesekek 26-7-2023 11:26 AM
saje bagi up
Quote asfaz 26-7-2023 11:28 AM
Pak jeri pinjam duit ,ai percaya
tpi ellie pinjam duit pak jeri ,huhhh tak caya langsung. Roadtax pun tak mampu renew..acanerrr nak bagi org pinjam.

Btw Pak Jeri...weolls ni dah lama simpan besen nak muntah ramai2 bila tgk gbr kesayangn pak jeri tu
Quote ketupatnasi 26-7-2023 12:02 PM
anilanil replied at 26-7-2023 09:44 AM
Nape tak pinjam duit dr azra...sebab akaun bank dia pon tak wujud kan. Dr azra ni berapa tahun la na ...


Mana sempat sis. Pasah sandah yang tak berapa besau tu pun ngambik masa 7 - 8 bulan dengan diet extreme, inikan pula beliyauuuuuuu. tu baru cite saiz, lom lagi cite nak tanam bedak memuluskan kulit bagai
Quote AnnaSendin 26-7-2023 01:01 PM
Tiberr iols speku datuk seri azra nieyh adalah datuk seri pelesu rumahku sorgaku. Boleyh tak pitenah sheols, uols?
Quote dudaberhias 26-7-2023 01:07 PM
dia ni dah boleh buat satu group dengan si bad dan acik bipola...

yang si bad tu tak padan dengan tempang tapi verangan nak ada cikki...

sama la dengan si acik @Bipolajourney2 yang dah kena londeh identiti atas bawah tu...

tiga2 ni hidup di alam khayalan...

kena hempuk pakai lesung batu baru sedar diri kot

cc @_blackbird @BumpIQ

Quote makita 26-7-2023 01:13 PM
taji2906 replied at 26-7-2023 09:25 AM
tak segan tu citer pinjam duit janda.. adoiii
Dr Azra tu tak baca ni ke? hahaha.. ooo lupa, Dr Azra  ...

Kalau mmg keperluan tak perlu malu pinjam duit janda motifnya
Quote Parit.Hilton 26-7-2023 01:29 PM
punya sibuk sampai tak sempat kenal anak2 lagi katanya
bukan kata dah tunang ka hari tu? takkan majlis tunang pun anak2 tak pegi sekali

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042593 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top