Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan dakwaan netizen menuduhnya pernah mengatakan lagu dalam album terbaharunya, Sitism tidak sedap atau kurang enak. Individu berkenaan mendakwa penyanyi tersohor negara itu dan pasukannya menyedari lagu dalam album berkenaan kurang enak berdasarkan komen ditinggalkan pada sebuah hantaran di media sosial. Siti Nurhaliza Taruddin, 44, atau Tok Ti menangkis dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa dia menghargai setiap kerja keras dan karya orang dan melalui proses pemilian. Pada 30 Jun lalu, Siti melancarkan album terbaharunya berjudul Sitism yang mengandungi lapan lagu yang dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal. - CARI
|
ADVERTISEMENT