Tular sebuah video menunjukkan pembaca berita, Norintan Ezreen Amir Hamzah gagal menahan sebak ketika menyampaikan berita mengenai seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Difahamkan, Norintan memiliki anak seusia mangsa kemalangan terbabit dan netizen beranggapan Norintan mungkin terbawa-bawa naluri seorang ibu ketika menyampaikan berita menyayat hati itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dengan detik yang sungguh beremosi itu.
|
ADVERTISEMENT