Pelakon sensasi, Ruhainies sedih apabila dituduh bermain kayu tiga dengan beberapa individu lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki. Berikutan itu, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, tampil memberi respons berhubung fitnah yang disebarkan tanpa sebarang bukti kukuh itu.
“Saya paling tak suka benda macam ni sebab mereka tak ada bukti yang kukuh tiba-tiba story tu keluar dan saya rasa sedih. “Siapa? Nama orang tu apa? pun tak tahu.. tak ada bukti dan memang tak logik tuduhan tersebut,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi. Tidak mahu namanya terus terpalit dengan kontroversi, pelakon drama Hello Mr Perfect ini menjelaskan bahawa dia sudah penat dengan gosip liar yang melabel dirinya ‘playgirl’ dek kerana sering bertukar-tukar pasangan. Malah, sebagai seorang selebriti dia memilih privasi sebagai langkah terbaik untuk dirinya ‘lari’ dari fitnah tersebut.
“Untuk pengetahuan saya masih single. I am not attached to anyone and i keep it secret. “Kita tak kacau orang tiba-tiba orang gosip saya dengan orang tu, orang ni… Ingat saya ni apa? Playgirl sangat ke? “Saya penat lah! Mentang-mentang saya single, semua orang mereka nak kenen kan…Tapi biarlah benda tu privasi untuk saya dan saya nak fokus untuk karier dan family sahaja,” jelasnya. Dalam pada itu, Ruhainies juga sempat disoal mengenai status rumah tangga kakaknya yang juga seorang pelakon, Risteena Munim apabila ada yang mendakwa perkahwinan pelakon itu dan suaminya, Isa Khan kini goyah.
|
sukacactus replied at 25-7-2023 08:29 PM
Cemana la org boleh kata dia comel?
Aku tgk mcm org tahan nak menangis je
haniasyira replied at 25-7-2023 08:56 PM
Tahhh nye,celah mana comel pun tktau,mcm tahan kentut pon ye jugak.
dudaberhias replied at 25-7-2023 08:01 PM
Ya ampun si obses dengan diri sendiri ni yang gigih sambut birthday berhari2...
Bila pulak orang go ...
ADVERTISEMENT