CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Hal Tiba-Tiba Ketuk Pintu Kereta Orang Guna Helmet?

25-7-2023 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 795| Komen: 6

Ipoh: Polis mengesan seorang lelaki yang mengetuk pintu sebuah kereta menggunakan topi keledar dalam satu insiden di Jalan Pokok Assam Tambahan.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu semalam.


Foto: Harian Metro

"Kejadian dipercayai berpunca daripada kesalahan lalu lintas yang mana penunggang motosikal itu secara tiba-tiba mengetuk kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar sambil memarahi mangsa hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu kereta," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video insiden itu berdurasi 42 saat tular di media sosial. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 25-7-2023 12:46 PM
Ramai dh x boleh kawal anger skg ni.
Luaran ckp happy bahagia..tp sbnarnya dalaman dia x happy...family x happy ...mulalah dia cpt cari gaduh ..provoke org. Akan buku temu ruas  org 2x5 mcm dia pdn muka.
Quote green~tea 25-7-2023 02:21 PM
Itu bukan ketuk... tp cubaan pecahkan cermin kereta utk merompakkkkkk....  ada beberapa kawan aku kena dekat traffic light aje.. tp sebab ada tinted elok, maka melantun2 je la helmet tu, cermin takleh pecah
Quote tungkai 25-7-2023 02:30 PM
Cerita tak habis. Takkan rider tiba2 datang hentak cermin guna helmet? Apa jadi sebelum tu?
Quote Simunggu 25-7-2023 03:16 PM
tungkai replied at 25-7-2023 02:30 PM
Cerita tak habis. Takkan rider tiba2 datang hentak cermin guna helmet? Apa jadi sebelum tu?

hentak cermin kereta sudah kira kesalahan..
Quote mdhelmi 25-7-2023 05:06 PM
kalau aku selalu nampak orang naik motor pecahkan side mirror kereta sebab sebelum tu kene himpit atau tiba2 tukar lane tak bagi signal
Quote rosedemon 26-7-2023 10:29 AM
kena dgr cte dua pihak dulu diknon

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048098 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top