CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Serbu Pusat Hiburan, 84 Warga Asing & 22 Wanita Tempatan Dipercayai GRO Kena Tahan

25-7-2023 10:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 815| Komen: 8

Kuala Lumpur: Dalam satu serbuan di pusat hiburan, seramai 84 wanita warga asing dan 22 wanita tempatan yang disyaki bekerja sebagai GRO termasuk 55 orang lagi terdiri daripada pengurus, penjaga kaunter serta pekerja ditahan pihak polis.


Pusat hiburan tersebut dipercayai menawarkan hiburan sambil ditemani pelayan pelanggan (GRO) mengikut pakej dipilih yang berharga mencecah puluhan ribu ringgit.

Taktik sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang di sini, dipercayai bagi menarik pelanggan terbongkar selepas serbuan dilakukan Unit Pencegahan Maksiat, Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Ahad lalu.

PUSAT karaoke di Bukit Bintang di sini yang diserbu polis, Ahad lalu. FOTO Ihsan PDRM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka yang terbabit berusia diantara 18 hingga 46 tahun ditahan untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.


Selain itu, beliau berkata, pasukan serbuan turut memeriksa 336 pelanggan dengan enam daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Menurut Razarudin, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya telefon bimbit, perakam video, modem, penghala (router), set karaoke dan minuman keras serta wang tunai RM3,862.

Kata beliau, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan siasatan, premis yang berkonsepkan pusat hiburan dan mempunyai 17 bilik karaoke itu menyediakan pakej bayaran bermula RM3,800 sehingga RM25,000.

"Pengusaha turut dikesan menyediakan GRO warga asing dan tempatan mengikut permintaan pelanggan dengan kadar bayaran ditetapkan," katanya.

Tambahnya, premis yang didapati tiada lesen sah dan menyalahgunakan lesen restoran dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu beroperasi dari 8 malam sehingga 6 pagi setiap hari.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati semua pengusaha pusat hiburan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati menjalankan aktiviti terlarang.

PDRM akan menjalankan pemantauan berterusan bagi mengelak aktiviti terlarang yang berkemungkinan boleh berlaku disebabkan oleh pengunjung pusat hiburan dan memastikan ketenteraman awam terpelihara.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 10:31 AM
Akak lagi suka pergi ke A GRO Bank

Quote trisnalovezul 25-7-2023 12:07 PM
servis kami bagus kerna itu bayaran tinggi..wanita malaysia ngak mampu layan lelaki spertimana kami layan itu kenyataan yang benar
Quote ifanonline 25-7-2023 12:08 PM
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:07 PM
servis kami bagus kerna itu bayaran tinggi..wanita malaysia ngak mampu layan lelaki spertimana kami  ...

warga indonesia di malaysia huduh2 trisna...tidak semacam di tanah besar kamu...knp yg cantik2 tidak mahu dtg dong?
Quote Skuau 25-7-2023 12:11 PM
ifanonline replied at 25-7-2023 12:08 PM
warga indonesia di malaysia huduh2 trisna...tidak semacam di tanah besar kamu...knp yg cantik2 tid ...


yg mai sini ramai ada masalah...mai sini boleh jadi pompuan simpanan tauke kalo nak duit berkepok pastu sindir b40 Msia....yg ni indon sendiri citer kt aku perihal kengkawan dia...dia kerja cleaner tmpt aku.
Quote trisnalovezul 25-7-2023 12:14 PM
ifanonline replied at 25-7-2023 12:08 PM
warga indonesia di malaysia huduh2 trisna...tidak semacam di tanah besar kamu...knp yg cantik2 tid ...

kamu silap coba kamu pergi ke kilang2 rmai ya cantik2 tu sbb laki malaysia berebut2 mau kami sanggup tinggalkan isteri malaysia yang kurang kualiti untuk hidup dengan kami.sama juga yang kerja kedai makan, kedai baju dan kedai-kedai coba kamu explore mas...jngan sempit penglihatan kamu
Quote korporat 25-7-2023 12:16 PM
336 pelanggan yang lain tu ke angkut jugak ke camner? ramai tu
Quote trisnalovezul 25-7-2023 12:50 PM
Skuau replied at 25-7-2023 12:11 PM
yg mai sini ramai ada masalah...mai sini boleh jadi pompuan simpanan tauke kalo nak duit berkepok  ...

kasian kan wanita malaysia tauke2 ngak pandang untuk dijadikan wanita simpanan..sekurang-kurangnya ngak perlu kerja keras macam wanita malaysia untuk hidup mewah cukup tauke2 bagi kami uang..sapa yang untung..kalian pasti ngak ada keistimewaan smpai tauke2 kaya lebih memandang wanita asing untuk diberikan uang..yang kasian wanita malaysia kena tanggung biawak hidup di rumah hahaha..

alhamdulillah aku udah pergi ke negara eropah, korea, jepun, thailand, indonesia  sama singapor jangan bilang udah kerap aku sama keluargaku ke sana..kalian msti ada yang tidak dapat merasa itu semua kan..aku bru coba skincare  SKII..Alhamdulillah kami disini ditanggung oleh orang kaya ngak perlu mengemis dan kerja susah2 kerna permintaan trhadap kami tinggi mungkin wanita malaysia layanan batin nya kurang
Quote Skuau 25-7-2023 01:12 PM
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:50 PM
kasian kan wanita malaysia tauke2 ngak pandang untuk dijadikan wanita simpanan..sekurang-kurangnya ...

benar indonnya amat bangga sekali jadi perempuan simpanan....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.374574 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top