CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tak Guna Sibuk Like Gambar Perempuan Seksi, Abai Isteri Dalam Pantang Bawa Anak Check-Up

25-7-2023 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1085| Komen: 17

Seorang wanita kesal dengan sikap segelintir kaum suami yang tidak mengambil berat terhadap keperluan isteri terutama selepas melahirkan anak.

Menerusi hantarannya di media sosial, wanita tersebut menceritakan pengalamannya semasa membuat pemeriksaan selepas bersalin di salah sebuah pusat perubatan.


Dia melihat seorang suami yang tidak menghiraukan anak dan isterinya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan malah lelaki tersebut sempat melihat gambar wanita seksi di Instagram (IG).

Gambar Hiasan

"Saya duduk di kerusi dan di sebelah saya ada seorang lelaki menunggu isterinya menjalankan pemeriksaan ibu dan anak.

"Dia tengah ‘syok’ tengok IG perempuan lain, dia cari nama-nama perempuan di akaun IG dan semuanya seksi-seksi.

"Saya dekat sebelah perhati jarinya ligat ‘like’ gambar, sedangkan isteri dia tengah jalan terkedek-kedek sakit sambil bawa anak lagi.



Dia juga menegaskan bahawa wanita yang baru bergelar ibu sudah semestinya memerlukan perhatian dan pertolongan suami ketika di dalam pantang.

"Perempuan selepas kahwin dia akan ikut suaminya, tak ada kawan suamilah segala-galanya. Selepas itu ada anak pula, emosi ketika pantang dan tengah sakit ini memang gila kalau suami buat hal.

"Perempuan apabila sudah ada anak, badan dia takkan sama macam anak dara.

Wanita berkenaan juga meluahkan kekecewaannya terhadap golongan lelaki yang tidak menghargai pengorbanan isteri dan menyelar sikap sesetengah lelaki mata keranjang.

"Mungkin lelaki akan memperlekehkan hantaran ini sebab ‘biasalah tu lelaki kan, normal la lelaki macam tu’.

Mungkin awak kena rasa macam mana pasangan halal yang tidur sebantal, mandi sekali..setiap hari matanya menatap ‘benda itu’. Ya setiap hari itulah santapannya." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurshima 25-7-2023 10:52 AM
Ianya sudah menjadi satu penyakit rumahtangga di zaman sekarang apabila para suami/isteri tznpa rasa malu atau bersalah
hantar emoji like,  love, kiss, hugging kpd perempuan/lelaki di media social.

Perkara mcm ni boleh membuatkan pasangan cemburu,  sampai boleh jadi cerai berai, mmg mudah sangat syaitan cucuk jika tak dikawal.
Quote trisnalovezul 25-7-2023 12:04 PM
alhamdulillah kami warga asing yang nikah sama somi malaysia semua berkualiti ngak prlu kerja somi bagi duit, boleh shopping tanpa kerja dibawa bercuti luar negara dan yang penting tiada istilah bercerai kalo nikah sama kami.. kasian banyak wanita malaysia teraniaya sama sominya
Quote Simunggu 25-7-2023 03:48 PM
kadang kadang perempuan ni emo & over thinking
Quote lattehazelnut 25-7-2023 03:55 PM
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:04 PM
alhamdulillah kami warga asing yang nikah sama somi malaysia semua berkualiti ngak prlu kerja somi b ...

Knp xkawin laki indon?
Quote rikiruj 25-7-2023 04:03 PM
mamat tu bukan lelaki normal ya..
Quote brego 25-7-2023 04:45 PM
Edited by brego at 25-7-2023 04:59 PM

tengok awek seksi pun cuma untuk mengisi masa lapang
dan mereda kan anxiety dan stress

bukan nya skandal betul2 pun. chill la


[tiktok]7119810457782832411[/tiktok]
Quote Friska 25-7-2023 04:54 PM
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:04 PM
alhamdulillah kami warga asing yang nikah sama somi malaysia semua berkualiti ngak prlu kerja somi b ...

Benar sekali Mbak Trisna, saya juga sama. Setelah nikah, suami ndak kasi saya bisnis lagi. Suami saya bilang dia telah menemui kebahagian setelah menikahi saya. Sekarang suami lebih mencintai saya karena sudah melahirkan anak lelaki buat suami saya. Wanita lokal banyak yang malas, sombong dan arogan sama suami. Salam dari anak Medan.
Quote brego 25-7-2023 04:57 PM
Edited by brego at 25-7-2023 05:02 PM
Simunggu replied at 25-7-2023 03:48 PM
kadang kadang perempuan ni emo & over thinking

memang emo pun

dalam kes ni, si laki tu siap ada sebelah bini teman kan.
bukan nya si bini pegi klinik sorang2
nak macam mana lagi? mau dukong ke hulu ke hilir agak nya

tak reti bersyukor, tahu nak meroyan dan komplen jer

ramai lagi bini org kat luar sana yang laki nya buat tak tahu,
semua benda kena buat sendiri

pasal laki mata keranjang tu, naseb kau ler
dah kau pilih spesis tu buat laki,
tak payah nak komplen or meroyan lebih.
Quote rosedemon 26-7-2023 10:26 AM
pandai2 la ko laki bini nk urusa camen
Quote Decaffeinated 26-7-2023 12:55 PM
Trisna dan Friska dalam satu thread. Next level nganjeng
Quote Decaffeinated 26-7-2023 12:57 PM
brego replied at 25-7-2023 04:45 PM
tengok awek seksi pun cuma untuk mengisi masa lapang
dan mereda kan anxiety dan stress
bukan nya skandal betul2 pun. chill la

cuma mengisi masa lapang sebab itu ja yang mampu

cuba kalau semua dilapangkan? takde istilah 'cuma'


Quote ninja boy 26-7-2023 01:18 PM
Itulah berebut jantan miang hujung2 bertumbuk sesama sendiri berebut jantan miang hujung2 kena tinggal anak bersepah terabai merempat
Quote syamzana 26-7-2023 01:40 PM
brego replied at 25-7-2023 04:57 PM
memang emo pun

dalam kes ni, si laki tu siap ada sebelah bini teman kan.

alaaa lebih krg mcm lelaki la nak dimanjai...bini dah masak nasi segala lauk ambil je la kat dapur nun tapi nak jugak bini hidang pakej sudah mkn tgl bodo je atas meja
Quote bulalof 26-7-2023 01:57 PM
lelaki juga yg nampak salah....
Quote brego 26-7-2023 03:43 PM
syamzana replied at 26-7-2023 01:40 PM
alaaa lebih krg mcm lelaki la nak dimanjai...bini dah masak nasi segala lauk ambil je la kat dapur ...

tinggal pinggan atas meja lepas makan?

tu bukan minta di manjai
itu laki bodo nama nya

naseb korang la pilih laki bodo buat suami

tak pernah dalam sejarah family aku
jantan bodo tinggal kan pinggan lepas makan
tu mintak kena maki nama nya
Quote syamzana 26-7-2023 05:14 PM
brego replied at 26-7-2023 03:43 PM
tinggal pinggan atas meja lepas makan?

tu bukan minta di manjai

tu laaa kene bergaul dgn ramai org bkn sekeliling ko je. laki cara laki suke dimanjai or lebih tepat suka dirajai...pompuan gaya tersendiri want to be a queen
knp buat semua sendiri kalau ada org blh buatkan gituhhh masing2 punya tagline. nasib laaaa mana yg terkena tu
Quote MissYouSayang 26-7-2023 05:36 PM
Ko pun blh jah nak like pic lelaki2 helok nyahh..x payah nk statik sgt .iols tgk ramai jer bini2 org dok komen gatai dekat pic or bideo ciknek2 helok

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.136893 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top