PETALING JAYA –Seorang pelajar kolej berkongsi resipi masakan nugget bersama kuah berwarna merah jambu gara-gara terpengaruh dengan filem Barbie. Menerusi video yang dimuat naik oleh @syiqinazrin di TikTok, masakannya itu bersempena dengan kemeriahan demam filem tersebut.
“Sebab sekarang ialah musim Barbie. Jujurnya, saya pun tidak ada selera untuk makan lauk ini semasa memasak, tetapi boleh saja dimakan. Mungkin kena tutup mata,” katanya. Katanya, ia seakan pasta Gigi Hadid yang pernah tular di sosial media. “Resipinya sama saja cuma saya tambah pewarna makanan. Rasa nugget berwarna merah jambu itu biasa saja, sedikit creamy (berlemak)“ ujarnya.
Di ruangan komen mendapati ramai yang terkejut dengan inovasi masakan yang dikongsi pelajar itu, malah ada yang turut mempersoalkannya. “Selepas ini boleh buat ayam masak Barbie pulak,” usik Eswhyae. “Tak bolehlah kalau warna pink macam ini, saya bayangkan makanan itu manis,” komen Belangwoo. –CARI Sumber: Kosmo
|
kakikuDibibirmu replied at 25-7-2023 09:39 AM
I'm a babi girl, in the babi world {: ...
ezacbee replied at 25-7-2023 10:59 AM
Pekat bodo budak ni.. sapalah bf dia. Salam simpati.
seri_mawr replied at 25-7-2023 11:52 AM
pelik2 la makanan budak2 zaman la ni...
buh mayonis..buh sos cili..cicah nugget sudah...nak kaler p ...
ADVERTISEMENT