CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Kebiruan Tersedak Susu, Bayi 11 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Di Melaka

25-7-2023 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1115| Komen: 8

ALOR GAJAH – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut tersedak susu ketika di bawah jagaan pengasuhnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, semalam.


Menurut ibu mangsa dikenali sebagai Zaidah, 35, dia menghantar anak sulungnya itu ke rumah pengasuh di Ayer Molek kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum kejadian dimaklumkan kepadanya pada pukul 11 pagi.

Jenazah bayi 11 bulan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Titian Bintangor, Alor Gajah, Melaka, malam tadi. Foto: Kosmo

“Saya biasa hantar anak pukul 7.30 pagi dan ambilnya pada pukul 5 petang, semalam tiba-tiba pukul 11 pagi pengasuh hubungi beritahu anak saya sudah kebiruan dan tidak sedarkan diri mungkin akibat tersedak susu.

“Saya memintanya membawa anak ke Klinik Kesihatan berhampiran kerana khuatir saya lambat sampai ke rumahnya susulan saya kerja di Sungai Udang, manakala suami pula di Pulau Gadong,” katanya kepada Kosmo.


Jelasnya, bayinya itu bagaimanapun dimaklumkan pengasuh telah dibawa oleh pasukan kesihatan ke Hospital Melaka untuk diberikan rawatan.

“Saya terus ke Hospital Melaka dan diberitahu anak telah meninggal dunia, namun punca kematian masih belum diketahui susulan laporan bedah siasat sedang dilengkapkan.

“Saya hantar anaknya ke pengasuh berkenaan sejak hujung tahun lalu selepas diperkenalkan rakan,” ujarnya.

Sementara itu, bapa mangsa yang enggan dikenali memberitahu, meskipun dia dan isteri masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, namun keluarganya reda dengan kehilangan tersebut.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa, tak mahu menyalahkan mana-mana pihak, apa-apa pun kita tunggu sahajalah keputusan bedah siasat dan siasatan pihak polis,” katanya ringkas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian tersebut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 25-7-2023 09:24 AM
selalu kes mcm ini di Melaka...kenapa?
Quote Themilo 25-7-2023 09:54 AM
Simunggu replied at 25-7-2023 01:24 AM
selalu kes mcm ini di Melaka...kenapa?

Awas ya, Kg Tititan Bintangor ni berada di Negeri Sembilan. Cuma nak ke hospital, balai polis, kedai & lain-lain kemudahan tu, dekat lagi dengan bahagian Melaka.
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 09:58 AM
Simunggu replied at 25-7-2023 09:24 AM
selalu kes mcm ini di Melaka...kenapa?

Banyak sangat makan cencalok
Quote lightheaded67 25-7-2023 10:29 AM
Edited by lightheaded67 at 25-7-2023 10:36 AM

takziah pd ibu bapa smoga dmudahkan urusan.. huhu hritu kite tgk lalu kt tt lah, mak mak duk komen kat bidio botol susu tp mcm ade tube so risiko nk tsedak susu tu mcm kurg lah agaknye. cuma nya mcm pnjg sgt je tube tu, pastu tgk kt supi rupenye ade yg jenis boleh potg adjust panjng tube nyer. kalau hanta pengasuh elok pakai gitu la kot ek, time bela sendiri takper..
huhu tp entahlah ek, dh kalau bela anak org ni, kena lah extra sikit hati2 nya.. taktaulahhhh
Quote Decaffeinated 25-7-2023 12:30 PM
Sekarang dah ada alasan baru untuk redho - tersedak susu like it is normal.

Ya lah ko pun hantar anak kasi orang jaga dengan bayaran dibawah gaji minima apa lagi nak kata.

Quote Simunggu 25-7-2023 02:11 PM

seriously memang banyak kes pengasuh di sana...heran
Quote rosedemon 26-7-2023 10:24 AM
sianyaaa dah ajal
Quote chiyoasuka 30-7-2023 04:02 AM
salam takziah ya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.356638 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top