CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Berjaya Tuntutan Ganti Rugi RM3.6 Juta, Anak Luka Melecur Makan Nugget Ayam Terlalu Panas

24-7-2023 11:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1146| Komen: 9

Miami, Florida: Sebuah keluarga menerima sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel  juri di Florida menganugerahkan ganti rugi tersebut kerana isu ‘nugget’ ayam, lapor portal berita Street77.com hari ini. 


Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya, selepas seorang kanak-kanak mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.

Gambar hiasan

Pada Mei lalu, juri memutuskan bahawa restoran tersebut dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan atau memberikan arahan wajar tentang kemungkinan bahaya nugget panas yang disajikan di restoran berkenaan di Tamarac.

Pada Khamis lalu, panel juri bersetuju memberikan ganti rugi itu kepada keluarga tersebut untuk rasa sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup. 


Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000  untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.

Dalam satu kenyataan, peguam keluarga itu berkata: “Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 24-7-2023 11:42 PM
Allah... teruk sgt ke melecurnya tu? Sampai cacat kekal?
Quote matchstick 24-7-2023 11:51 PM
Kalau di tanah air mesti acik porem salahkan parent ajer yg bodo lagi pemalas nk pantau anak sendiri makan
Quote cmf_almondpecan 24-7-2023 11:57 PM
Litigious society US ni. Dulu pernah orang menang saman McDonald's sebab tak tulis caution hot kat air kopi panas. Orang tu take away kopi panas dan letak macam tu saja kat riba masa nak bawa kereta. Haruslah tumpah dan melecur. Sorang lagi acik menang saman syarikat microwave sebab tak letak warning don't dry your pets in microwave. Acik tu lepas mandikan kucing dia sumbat dalam microwave dan keringkan. Sudahnya meletup la kucing tu macam pau masak dari dalam.
Quote Themilo 25-7-2023 07:26 AM
cmf_almondpecan replied at 24-7-2023 03:57 PM
Litigious society US ni. Dulu pernah orang menang saman McDonald's sebab tak tulis caution hot kat a ...

bimbonyahhh acik kokesyen letak kucing dalam microwave
Quote kuzaime 25-7-2023 07:31 AM
Pernah baca, & sah2 kes kat luar negara nun, ada company fast food yg kena saman sebab makanan yg diiklankan langsung x sama macam yg customer beli.

Kalau kat sini, lama dah kot kfc, mcd kena, dlm iklan ayam goreng, burger bukan main besar, tp bila beli ayam cenonet, burger kempis  
Quote acikonion 25-7-2023 08:20 AM
"...sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup."

Haiyoooo.... teruk btl kesan melecur tu.
Quote Simunggu 25-7-2023 08:25 AM
Allah..teruknya perangai mat seleh
Quote xtravaganza 25-7-2023 09:32 AM
Diorg ni antara mng azali bebal dgn “bijak” crk duit mudah. Mostly dua ni je.

Percaya la..ada je cr nk sue sna sini.
Quote Decaffeinated 25-7-2023 05:18 PM
Simunggu replied at 25-7-2023 08:25 AM
Allah..teruknya perangai mat seleh

mana tau mat salleh?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052562 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top