CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prosiding Pertama Kes Kekecohan Di KLIA Tidak Dihadiri Motac, Menteri

24-7-2023 11:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1216| Komen: 13

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen ke-15 hari ini mengadakan prosiding pertama berhubung kekecohan membabitkan seorang warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhir Jun lalu.


Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan prosiding tersebut menyentuh isu kekangan pengendalian proses Notis Penolakan Masuk (NTL) serta masalah bagi pelancong yang dikenakan notis NTL, aduan orang awam mengenai proses NTL dan cadangan penambahbaikan undang-undang selain sistem sedia ada.

TANGKAP layar video tular di media sosial menunjukkan kekecohan yang berlaku membabitkan seorang menteri.

Kenyataan itu menyebut prosiding berkenaan, yang dipengerusikan oleh Leong Jee Keen (PH-Selayang), telah memanggil wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk memberi penerangan.


Bagaimanapun, Motac tidak dapat menghantar wakil dan Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, selain mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan, telah dinasihati oleh peguam bahawa sebarang kenyataan tidak sesuai dikeluarkan kerana insiden itu masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu prosiding tidak akan menyentuh mana-mana siasatan jenayah yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau PDRM, justeru tidak wujud pertindihan siasatan antara jawatankuasa tersebut dan SPRM atau PDRM.

"Adalah menjadi keperluan Motac hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa ini mengenai isu-isu berkaitan pengendalian proses NTL serta masalah bagi pelancong yang dikenakan notis NTL pada mesyuarat yang akan ditetapkan kelak," katanya.

Menurut jawatankuasa itu, wakil Matta yang hadir memberi penerangan ialah Presidennya iaitu Nigel Wong, bekas Presiden Datuk Tan Kok Liang, Pengurus Besar Maziah Mihat, Exco Kerja Khas Datuk Hamzah Rahmat serta Naib Presiden Penyelidikan dan Teknologi Mohd Hizzat Mohd Shah.

Kenyataan itu menyebut prosiding berikutnya dijadualkan pada Rabu ini dan akan dibahagi kepada dua sesi iaitu penerangan daripada Kementerian Pengangkutan serta Malaysia Airports Holding yang disusuli oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.

Pada 29 Jun lalu, kekecohan berlaku di KLIA membabitkan orang kenamaan yang dikatakan cuba 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 24-7-2023 11:44 PM
rindu zaman ketapi
Quote green~tea 24-7-2023 11:53 PM
Hadir prosiding mahkamah diluar skop keje pegawai motac..

Deme nak berjimba2 buat event je..

Useless betol

Sial lahhh makan gaji buta
Quote acikonion 25-7-2023 08:25 AM
entah siapa yg salah... ku tak tahu
Quote Radzor 25-7-2023 08:31 AM
pengerusi cina, matta cina , motac cina, pelancong cina
Quote nerdy69 25-7-2023 08:48 AM
Not surprised
Quote zamzam 25-7-2023 08:58 AM
Radzor replied at 25-7-2023 08:31 AM
pengerusi cina, matta cina , motac cina, pelancong cina

Yg ada otak tolong pikir. Aku dah biasa kerja dgn cina2 mcm ni.
Quote xtravaganza 25-7-2023 09:40 AM
Klu btl2 la gomen ni buat keje, harus ramai kna hntr blk negara masing2.. sbbtu skrg Malaysia ni dh mcm negara asing.. scary..
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 09:46 AM
kemaruk replied at 24-7-2023 11:44 PM
rindu zaman ketapi

Rindu zaman Bake with Ng Yen Yen


Quote swimswim 25-7-2023 10:03 AM
Dah agak dah. Berani dpn hat hat pegawai rendah je. Kalau betul nk fight corruptions, fight all the way la.
Quote Decaffeinated 25-7-2023 11:31 AM
green~tea replied at 24-7-2023 11:53 PM
Hadir prosiding mahkamah diluar skop keje pegawai motac..

Deme nak berjimba2 buat event je..  ...

Parliament Committee di who are yous kan aja.

Quote Decaffeinated 25-7-2023 11:34 AM
Radzor replied at 25-7-2023 08:31 AM
pengerusi cina, matta cina , motac cina, pelancong cina

Baca dari belakang... pelancong c-h-ina, ada 'h'. They come with money.

Quote Zazama 25-7-2023 02:00 PM
Carca marba tunggang terbalik dah Malaysia ni.
Quote Skuau 25-7-2023 03:50 PM
Radzor replied at 25-7-2023 08:31 AM
pengerusi cina, matta cina , motac cina, pelancong cina

....apa lagi depa mau???

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036565 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top