CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bercumbu Di Khalayak Ramai Adalah Satu Kesalahan Jenayah Syariah

24-7-2023 10:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 455| Komen: 2

Hubungan sah antara suami isteri bukanlah tiket buat pasangan terbabit untuk bercumbu di khalayak ramai lebih-lebih lagi buat mereka yang masih dalam fasa bercinta.

Bukan hanya tidak manis dipandang, perbuatan itu juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.


Gambar hiasan

Berdasarkan Enakmen 3 Tahun 1995, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995, Seksyen 83 iaitu perbuatan tidak sopan di khalayak ramai, seseorang yang sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah bersalah atau suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, jika seseorang lelaki yang didapati bercumbu di mana-mana tempat dengan seorang perempuan selain isterinya adalah berssalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Manakala seorang perempuan yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang lelaki selain daripada suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 25-7-2023 08:28 AM
kalau nmpk couple bercumbu-cumbuan kita amek pic n report aci tak?
Quote bulalof 25-7-2023 08:30 AM
noted....................................................

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.114324 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top