CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Maut Bumbung Gim Sekolah Menengah Runtuh

24-7-2023 08:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 536| Komen: 2

Tragedi bumbung gim runtuh dalam satu kejadian di timur laut China menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut dan seorang lagi terperangkap.

Gim yang terletak di sebuah sekolah menengah di Qiqihar, wilayah Heilongjiang itu runtuh sebelum pukul 3 petang waktu tempatan kelmarin.




Lapor agensi berita Xinhua, seramai 14 orang dibawa keluar dari bawah runtuhan dengan empat daripadanya maut di lokasi kejadian dan enam lagi meninggal dunia di hospital.

Rakaman yang disiarkan stesen penyiaran CCTV menunjukkan keseluruhan bahagian bumbung runtuh dan pasukan penyelamat memeriksa lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat melibatkan hampir 160 anggota bomba dan 39 jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian,” lapor CCTV.

Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat struktur binaan yang tidak kukuh.

Sehubungan itu, syarikat binaan yang berkaitan akan disoal siasat pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-7-2023 08:53 PM
Allah tak sayang.
Quote antikorok 27-7-2023 12:23 AM
Made in China
Tofu Dreg Project

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.036361 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top