CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakitangan Hospital Merokok Dalam Kedai, Peniaga Roti Canai Yang Tanggung Rugi 80 Peratus

24-7-2023 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1417| Komen: 19

Angkara kejadian tular pelanggan merokok di kedainya sejak minggu lalu, peniaga roti canai di Kota Bharu terpaksa menanggung kerugian lebih 80 peratus.

Peniaga itu, Wan Nurul Hazana Wan Khadir, 35, berkata, hasil perniagaan yang diraih sekitar RM500 hingga RM600 sehari sebelum ini berkurang sehingga RM100 kerana roti canai tidak habis dijual.



Kedai makan Wan Nurul Hazana yang tidak dikunjungi pelanggan selepas tular isu merokok. - Gambar/ Sinar Harian

Katanya, keadaan itu juga menyebabkan kesedihan dirinya yang berniaga untuk membantu bapa saudara, Anuar Hamad, 45, juga pesakit jantung.

“Bukan nak mengeluh, tetapi nak beritahu, akibat kena tular pasal kakitangan hospital hisap rokok dalam kedai, kami hilang pendapatan.

“Roti canai biasanya 15 kilogram (kg) habis setiap hari, sekarang 2kg pun tak habis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.


Ujar Wan Nurul Hazana, kejadian itu pertama kali berlaku sejak 15 tahun berniaga di kawasan tersebut walaupun sudah meletakkan tanda larangan merokok di kedainya.

Katanya, kakitangan itu juga adalah pelanggan tetapnya kerana kedai makan terletak berdekatan hospital namun bukan semua yang merokok tetapi tindakan sesetengah mereka menyebabkan pelanggan lain takut untuk datang.

“Isu sebenar nak beritahu kakitangan yang menghisap rokok dalam kedai makan tetapi saya pula yang menanggung akibat apabila pelanggan tidak datang.

“Pihak yang menularkan perkara ini sepatutnya bertanggungjawab dan memikirkan dahulu kesan kepada peniaga seperti saya sebelum berbuat demikian,” kata wanita itu.

Ujarnya, berharap agar keadaan itu tidak berlarutan kerana dia perlu membayar gaji kepada penebar roti canai sebanyak RM50 sehari dan sewa kedai RM300.

“Saya juga berharap pihak yang menularkan perkara itu tampil membuat permohonan maaf,” katanya. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-7-2023 08:17 PM
Kuah dal ada taruk gula lori gula terbalik tak?
Quote dua_chzy 24-7-2023 08:27 PM
Edited by dua_chzy at 24-7-2023 12:38 PM

Padan muka. Sapa suruh tak tegas tak pantau staf dan pelanggan. Usah mengadu domba salah sendiri.
Quote dua_chzy 24-7-2023 08:28 PM
Entitled much nak pelanggan yang kasi viral minta maaf pula tu. Siap selit kisah sedih peribodi. Ceh
Quote sharlenetexas 24-7-2023 08:34 PM
KB dekat hospital belah mana ni? Stadium ke?

Quote makneng 24-7-2023 08:36 PM
Sorry tak kesian. Hadap sgt customer perokok tegar sape suruh
Quote krustykrab 24-7-2023 08:40 PM
Dah tu awat tak tegur diorg.
Kalau dh hadap sgt pelanggan merokok tu, ajak diorg je la makan kat kedai hang
Quote gekkou 24-7-2023 08:45 PM
eh3
dah sah2 salah kan
ko nk org minta maaf plak
sepatutnya ko mengaku salah dan cakap akan lebih tegas dgn pelanggan
ego tak bertempat
Quote aechae 24-7-2023 08:50 PM
Ko dh meniaga empunya tmpat tu ko perambat jelah yg merokok tu… ingat dh tampal notis kira ok lh?
Quote Thunderclouds 24-7-2023 08:51 PM
Mcm besa bila bisnes xlaku kluaq sob story bniaga nk bantu pakcik sakit atuk sakit jiran sakit cikpik sakit eh!
Quote asamfish 24-7-2023 09:06 PM
kenapa tak tegur pelanggan2 yang merokok?  tegur once, twice, tak dengar jugak hambat je keluar.  or was it because you tak tegur sebab takut pelanggan yang merokok tu lari and you hilang pelanggan tu...
Quote Tiggybiru 24-7-2023 09:07 PM
Aik kenapa play victim pula..pelik aku baca
Quote shernazz 24-7-2023 09:14 PM
Kalau kedai Mamak..siap perokok tu sound balik oo...
Iols cakap la kat owner kedai
U nak kena denda.ke
Terus owner sendiri gi sound
Sebab dia igtkan iols staff kesihatan
Quote Samerosie 24-7-2023 09:29 PM
Iols tak tau cerita ada sesiapa boleh throwback? Tq.  Sewa kedai rm300 sehari ke?  Gila mahal.  
Quote OshinDaSolja 24-7-2023 09:34 PM
setakat staf bawahan merokok tu normal...ada sorang doc kkm kt taman perumahan iollz ni pun merokok juga... ada satu mlam ambulan dtg ambil kt rumah sebab semput sesak dada... apa nk jadi la dengan Malaysia ni... sedih iollz
Quote annehuda 24-7-2023 09:48 PM
Kazen aku baru-baru ni disahkan ada kanser tekak, padahal dia bukan perokok. Tapi die ni keje technician tnb, so mungkinlah geng-geng dia kuat merokok tu yg dia jadi mcm tu, kena asap rokok jadi secondhand smoke.
Quote ninja boy 24-7-2023 10:13 PM
Perokok kasi lempang lah,  kat ofis bersepah vape rokok depan muka, kat rumah jiran merokok dlm rumah, perokok ni semua tiada rasa hormat org lain, org2 keliling mereka ada sesak nafas kanser asma
Quote jfq 24-7-2023 10:38 PM
Pihak yang menularkan perkara ini sepatutnya bertanggungjawab dan memikirkan dahulu kesan kepada peniaga seperti saya sebelum berbuat demikian,”

Awak sebagai tuan kedai patut sound pelanggan yg merokok tu
Bukan sound yg tukang tular. Siap suruh mintak maaf lagi. Lamberrt la
Tak faham konsep ke
Quote jfq 24-7-2023 10:40 PM
Saya juga berharap pihak yang menularkan perkara itu tampil membuat permohonan maaf

Sebab awak tuan kedai buat bodow aje bagi org merokok kat kedai awak, itu la yg org tularkan.
Quote prince_marhaen 25-7-2023 10:16 AM
takkan la tak sampai 10 orang tak datang kedai setiap hari ko dah rugi beratus-ratus?? diorang makan hidang ke hari-hari??? paling kuat pun air dua gelas, roti 2-3 keping je... habis tu yang lain pelanggan tu semua perokok jugak ke? drama propa sangat...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058129 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top