CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ganti Rugi RM200,000 Kepada A.Aida: Rayuan Amelia Handerson Didengar 24 Oktober

24-7-2023 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 970| Komen: 5

Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Oktober ini bagi pendengaran rayuan Amelia Henderson yang diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd kerana melanggar kontrak.


Perkara itu disahkan peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia, 28, ketika dihubungi BH selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Rozana Husin secara e-review, hari ini.

Foto: IG

"Mahkamah menetapkan pendengaran rayuan menerusi aplikasi Zoom pada 9 pagi, 24 Oktober 2023," katanya.

Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 April lalu.


Mahkamah Sesyen pada 7 April lalu memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida atau nama sebenar Datuk Zaidah Awang selepas membenarkan tuntutan saman syarikat itu terhadap pelakon berkenaan.

Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada Aida sebagai plaintif.



Zulqarnain turut membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Selain itu, pelakon terbabit perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram (IG) @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April lalu.


Pada 28 Julai 2022, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon wanita itu menarik diri pada saat akhir daripada penggambaran.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan drama berkenaan.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan untuk menarik diri walaupun ada rundingan antara kedua pihak sebelum notis penamatan kontrak diberi kepada Amelia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-7-2023 06:39 PM
lamanyaaa... harap2 sempat lah yerr kumpul duit berkepuk2 untuk bayar...

mohon share2 dengan si ikan keli yach....

anggap je duit hantaran gittuhhh....

Quote eely_shana 24-7-2023 07:06 PM
Byk tu 200k
Quote zuriey 24-7-2023 09:47 PM
Ini kes apa chuolss.dah lupa
Yg dia tak nak terima watak jadi magsa rogol kahwin dgn perogol ke..
Yelah ko pun satu dekkk
A aida tu drama dia sampah2 belaka
Gigih ko nak ambil juga job
Quote rosedemon 25-7-2023 09:06 AM
adan ukeeeeeeeeeeeeeeeee mitak la boypren ko duit
Quote anilanil 25-7-2023 09:37 AM
Byk amik job brand ambassador takkan la takde tabungan. Bayar je la dah mmg terbukti langgar kontrak pon kan? Kongsi la dgn abe keli. Btw rate jadi heroine drama tokda ni mmg setakat 40k jer ke for the whole episode? Macam sikit je ke gred tangga gaji dak ame asnaf ni mmg tahap rahmah?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.075763 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top