CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saksi Keempat: "Anak Saya Beritahu PU Azman Meraba-Raba Dan Menghisap Kemaluannya, Dia Ambil Anak Saya Di Asrama Dan Bawa Keluar"

24-7-2023 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9388| Komen: 89

Bapa kepada seorang lagi mangsa kes amang seksual mendedahkan PU Azman pernah melakukan seks oral terhadap anak lelakinya.

Saksi pendakwa keempat pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Sesyen Seremban itu memberitahu perbuatan itu berlaku pada Februari 2022 di kediaman Azman di Sendayan, Negeri Sembilan.


Foto:IG

"Anak saya beritahu Azman meraba-raba dan menghisap kemaluannya. Azman juga pernah mengambil anak saya di asrama dan bawanya keluar," katanya.

Kenyataan tersebut dibuat di hadapan Hakim Datin Surita Budin pada perbicaraan hari pertama yang berlangsung pada Isnin.

Sebelum itu, tiga saksi turut dipanggil memberi kenyataan iaitu pasangan ibu bapa mangsa pertama dan Lans Koperal Mohd Nor Arif Mohd yang merupakan jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Negeri Sembilan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya Husni Mohd Ramly, saksi itu memberitahu dia mengetahui mengenai kejadian tersebut selepas diceritakan oleh isterinya pada Julai tahun lalu.


Saksi itu turut menyoal siasat anak lelakinya bagi mendapatkan kepastian tentang kejadian sebelum diakui sendiri oleh mangsa.

"Selepas mendengar cerita itu saya memang rasa marah. Sepatutnya Azman nasihat anak saya tapi lain pula yang jadi," ujarnya.

Saksi itu memberitahu mahkamah anaknya turut mengenali seorang lagi individu yang menjadi mangsa tertuduh.

Sementara itu, Azman yang duduk dikandang tertuduh dilihat tenang mendengar keterangan saksi-saksi pada hari pertama perbicaraan.

Azman juga sempat menyapa dan menjawab pertanyaan media ketika perbicaraan ditangguhkan untuk makan tengah hari.

Pada 12 Oktober tahun lalu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, di sini pada 6 Julai 2022.

Seramai 12 saksi berkemungkinan akan dipanggil pihak pendakwaan bagi memberi keterangan termasuk doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Perbicaraan disambung pada Selasa.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 24-7-2023 05:42 PM
nahhhh.... terbongkar daaaa semuaaaa.....
emmmm.... tak boleh request buat sidang tertutup ker sbb nak jaga aib mangsa gitu...
Quote prince_marhaen 24-7-2023 05:47 PM
cikman nak mandi niii~~~~~ hahaha sial lahhhh voicenote tu
Quote jambatannetizen 24-7-2023 05:49 PM
that’S why aku tak percaya alim2 ulamak ini. baik PU ni, PU abu, PU spiderman semua. Depa pun ada dark side jugak. kalau dah tunjuk, lagi terokz.
Quote dudaberhias 24-7-2023 05:50 PM
ya ampunnn apa iols baca nih...

serius ziziq yachhh...

kenapa tak install app grinder je...

boleh kau jumpa servis si muka beruk gigi mancung hari2 mengcekik laksa tu tolong isap dan urut...

jijik betul paksa2 orang yang tak rela sedangkan ada yang rela demi duit untuk tukar wallpaper dari kedai eco untuk hari raya sebelum menanti duit royalti masuk...

Quote eely_shana 24-7-2023 07:26 PM
Aduhaiiii..ntahlah
Quote kuceeng 24-7-2023 08:22 PM
sangap nak disodok, suke mengkolom..
mmg bottom tegar ye
Quote missHaidiD 24-7-2023 08:25 PM
Siallllll pnye jntan
Quote Realpeople17 24-7-2023 08:31 PM
Btol2 penonggeng agama. jmpe kat luar very the kekwat. And mmg nmpk aura hadek2 tu. Dulu tak rasa menyampah tp lps tgk cara dia brckp dgn air muka dia kekwat nau trus menyampah. Tak sangka napsu songsang gini.
Quote jihyomelly 24-7-2023 08:55 PM
geli…sial betul!!! gatal batang tapi xnak bayar pelacur ke gay boy..nak free nak jaga nama haktuiiiiiii
Quote OshinDaSolja 24-7-2023 09:08 PM
nmpk baik soft spoken je ustaz ni...hmm klau anda di pihak yg benar sila buat pembelaan yg sewajarnya...klau anda bersalah sila buat pengakuan dan terima hukuman yg setimpal...
Quote Nham22 24-7-2023 09:27 PM
Geli dgr... Baik bunuh diri ajela.. Tanggung malu bawak nama Allah...nabi dan agama...
Quote Hoola 24-7-2023 09:37 PM
Edited by Hoola at 24-7-2023 09:38 PM

haram jadahhhhhhh

so mana pmbela2 nahimungkar
nk kena sorok ke aib mcm ni??
Quote LadyCarefree 24-7-2023 09:39 PM
Tololwers dia mesti cakap akhir zaman org alim ulamak kena fitnah. Ujian besar sbb Allah sayang.
Quote sleepandream 24-7-2023 11:42 PM
kenapa asrama boleh lepaskan student dia keluar dengan bukan ahli keluarga
Quote CatMiow 25-7-2023 12:20 AM
sleepandream replied at 24-7-2023 11:42 PM
kenapa asrama boleh lepaskan student dia keluar dengan bukan ahli keluarga

Nak dengar juga dari saksi/pihak asrama, siapa bagi kebenaran.
Quote eely_shana 25-7-2023 01:34 AM
Semoga kebenaran terbukti. Semoga akan terlihat sape yg benar, sape yg salah
Quote samshik 25-7-2023 01:38 AM
If sorg yg ckp.. Mgkin pitenah.. Dah kalu 10 mgsa cter bnder yg sama.. die la kot yg bermasalah
Quote silampumeja 25-7-2023 02:06 AM
Realpeople17 replied at 24-7-2023 12:31 PM
Btol2 penonggeng agama. jmpe kat luar very the kekwat. And mmg nmpk aura hadek2 tu. Dulu tak rasa me ...

Jalan lemah gemalai kepit habis weh... Mg tersangat tak sangka lah smpai songsang. Payah jugak org2 agama ni, nak2 yg dah nikah lepastu cerai then lama tak kawin lain. Sesuatu...

I ada syak sorang penyanyi nasyid kumpulam merangkap dj radio agama sorang tu mcm sesuatu , dulu dia nikah atas pilihan keluarga tp tatau skrang mcmna. Masa lepas2 nikah tu gambar honeymoon isterinya masam mencuka. Huuu i tatau perkembangan sekarang , bila jenguk ig ke mcm takde update psal isteri dan keluarga plak..
Quote bbi25 25-7-2023 02:26 AM
Sick People are Everywhere. Beware!

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.136886 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top