CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alami Pendarahan Teruk, Melia Amelia Dah Lama Tahan Sakit-Tak Nak Dirawat Sebab Risau Tak Ada Siapa Jaga Keluarga Di Rumah

24-7-2023 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1150| Komen: 7

Melia Amelia dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat lalu selepas mengalami pendarahan teruk ketika berada di rumah.

Melia atau Noor Amelia Zaidi, 29, berkata, disebabkan itu doktor terpaksa melakukan pemindahan darah sebanyak empat beg darah bagi menstabilkan keadaannya.


Foto: mStar

"Saya kalau boleh tak mahu ditahan di hospital sebab rasa badan masih lagi boleh bertahan tapi doktor sarankan saya untuk masuk wad bagi menstabilkan keadaan saya.

"Saya rasa lemah ketika ini, doktor cakap darah saya terlalu rendah dan sekiranya pendarahan terus berlaku, berkemungkinan jantung saya boleh terhenti," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai keadaannya, Melia memberitahu dia memang mempunyai masalah ketumbuhan di bahagian rahim namun tidak pernah mendapatkan rawatan.

Foto: mStar


Kata Melia, dia bimbang sekiranya dimasukkan ke hospital tiada sesiapa dapat menjaga keluarga termasuk bapanya yang menderita kanser.

"Sebelum ini saya pernah ada masalah cyst di bahagian rahim sebelah kiri, saya tahu tapi tak buat rawatan lanjut sebab rasa badan masih boleh tahan.

"Saya fikir juga kalau saya pergi, siapa nak jaga keluarga... jadi saya bergantung sahaja kepada kuasa Allah," ujarnya.

Melia berkata, doktor masih lagi mencari punca sebenar dia mengalami pendarahan dan sedang menanti keputusan ujian yang dijalankan.

Ketika ini kata Melia, badannya masih lagi terasa lemah dan sakit meskipun sudah mendapatkan rawatan.

"Setakat ini doktor ada beri ubat untuk berhentikan pendarahan selain sedang mengenal pasti punca berlakunya pendarahan yang teruk.

"Saya masih lemah, badan dan kaki pun ada rasa bisa.

"Saya terpaksa tangguhkan semua aktiviti buat sementara dan ada juga rasa menyesal sebab tak utamakan kesihatan diri sendiri," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_ingeniare 24-7-2023 02:00 PM
semoga cepat sembuh
Quote dudaberhias 24-7-2023 02:01 PM
Kesian betul nasib dia... dah la jaga ayah sakit lagi...
Lepastu berharap pada rezeki orang ambil berlakon je...

Semoga cepat sembuh...
Quote kotakominami 24-7-2023 02:15 PM
Org mcm ni yg patut ditolong......bukannye mcm satu keluarge pemalas cari keje harap org bayar sewa tu......
Quote bellaamsar 24-7-2023 02:27 PM
Kesiannya..semoga cepat sembuh
Quote manehnya 24-7-2023 03:07 PM
mgkin cys / fibroid... jgn biar... darah boleh jd kurang dlm badan, dan short dgn jantung
Quote rayna_raynes 24-7-2023 03:22 PM
Lah dia ni baru 29 ke? Igtkan dah 30+ sebab rasanya isu gamba tak berbaju dia dulu dh lama dah
Quote rosedemon 25-7-2023 09:00 AM
sian nya ek dia ni kna mggung derita kluarga sekali

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036978 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top