Jaa Suzuran atau Abe Jaa membuatkan ramai terpukau selepas videonya menghafaz ayat Al-Quran tular di media sosial. Dalam rakaman tersebut dia telah dipanggil oleh seorang pempengaruh TikTok yang sering membuat content ‘tebuk ngaji’ dan diminta untuk sambung membaca ayat Al-Quran.
Abe Jaa pada mulanya nampak gementar namun apabila tiba giliran, dia terus membaca dengan baik. Di ruangan komen ramai yang memuji-muji Abe Jaa kerana tidak pernah menunjukkan sisi baiknya yang sebegini. Malah, seorang individu berkata bacaannya itu daripada segi tajwid juga betul serta memuji suaranya membaca surah Ar Rahman itu.
Para wanita juga ada yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Jaa kerana terpikat dan yakin Jaa mempunyai ciri suami idaman yang pandai agama dan mengaji. -CARI
|
dudaberhias replied at 24-7-2023 12:44 PM
ya ampunnn pekatnyaaaa rhoperr budu... pekat laksam.... pekat nasi kerabu... pekat mee celup... peka ...
heythere123 replied at 24-7-2023 11:36 AM
sanggup yach pergi ABPBH semata nak ajak mengaji.
call me conservative tapi tak perlu kot gigih cam ...
ADVERTISEMENT