CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuduhan Amang Seksual Remaja Lelaki- PU Azman Masih Dapat Job Beri Ceramah, Badan Kurus Sebab Diet Dan Suka Hiking

24-7-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2126| Komen: 18

Pencetus Ummah (PU) Azman hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban pada pagi Isnin bagi perbicaraan bagi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.


Azman atau Azman Syah Alias, 42, yang hadir ditemani peguam kelihatan ceria mengenakan baju kurta berwarna mustard serta berkopiah hitam.

Azman memberitahu masih menerima tawaran memberi ceramah meskipun sedang berdepan tuduhan di mahkamah.

Foto: mStar

"Job masih macam biasa, cuma tak kongsi di media sosial. Jemputan cermah seperti biasa," katanya kepada pemberita.

Azman juga sempat menjawab pertanyan media berhubung fizikalnya yang kelihatan kurus sejak pelbagai tuduhan jenayah seksual dikenakan terhadapnya.

Menyangkal perkara itu, Azman sebaliknya memberitahu dia kurus kerana mengamalkan diet serta kerapa melakukan aktiviti mendaki.


“Ramai tanya kenapa kurus. Saya diet. Aktiviti juga seperti biasa. Saya banyak pergi hiking,” ujarnya.

Pada 12 Oktober tahun lalu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Foto: mStar

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, di sini pada 6 Julai tahun lalu.

Seramai 12 saksi berkemungkinan akan dipanggil pihak pendakwaan bagi memberi keterangan termasuk doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 24-7-2023 12:26 PM
Kurusnyaaaaaaa, leher pun jadi kering macam tak mampu nak bawak kepala.
Quote kalchi 24-7-2023 12:29 PM
Mslhnye dia obvious sgt tak beminat prmpuan. Jalan pon kefit2.
Quote Mamason 24-7-2023 12:45 PM
Benarkah semua itu?? sedih sbb minat jugak kat dia.. ceramah dia... adehh
Quote dudaberhias 24-7-2023 12:46 PM
rhoperrr dah sikit lagi nak masuk fasa esteloder pun tak mampu nak tolong dengan advanced night repair...

mesti makin kurus ni makin liuk lentok ala2 sutun heols berjalan...

tangan heols tu patut angkat lagi sampai ke bahu sambil bawa handbag...

Quote prince_marhaen 24-7-2023 03:41 PM
makin lama dah macam kembar bapok tua zianazain2 tu kan....
Quote aciksenah 24-7-2023 03:54 PM
I dah mula rasa something fishy about him bila....dia buat live kat tiktok masa tu dengan baby shima kot. Tapi itu bukan isu dia. Dia buat sambil baring2 atas katil sambil gelak2 gelenyar...tak sesuai la dengan title pu dia tu. Tak boleh ke duduk kat kerusi elok2 aih.
Quote rosedemon 25-7-2023 08:59 AM
halah ahalahhhhh
Quote akuMNdia 25-7-2023 09:22 AM
dia mmg ada permit utk beri ceramah ke?
Quote ffbeauties 25-7-2023 09:40 AM
For me, orang orang yang nafsu songsang. Asal dia tak kahwin dengan perempuan atau ikutkan nafsu dia amal s*ks ssma jenis bermakna dia orang yang hebat dah. Elok hidup tak aniaya orang dan bagi kebaikan kat orang sekeliling.
Tapi bila dah timbul cerita cerita macam ni hilang dah hormat tu seperti debu debu beterbangan giteww
Quote msdummy.2018 25-7-2023 02:37 PM
Dia nih nmpk kurus bukan sb hiking tuh sma..mmg sb kes ni lahhh..nmpk air muka tuh sedih pilu amat
Quote bbi25 26-7-2023 04:04 PM
patut la tak kahwin lagi mamat ni
Quote airmineral 26-7-2023 04:48 PM
ada org nak dgr ceramah dia?
Quote meowww05 26-7-2023 07:11 PM
Kenapa la jalan ni yg kau pilih PU oiii? Ya Allah.
Quote Shayang 26-7-2023 07:30 PM
Betul ke ada job? Sbb dia ni bkn kaya sgt
Masa PKP tu susah gak dia sampai jual sambal bagai.
Quote Burong_Hantuk 26-7-2023 08:35 PM
Cara berjalan pun melenggang mcm prmpn..moga dpt pembalasan setimpal
Quote minahsenget 26-7-2023 08:47 PM
ayat cover je tu
Quote Olumis 26-7-2023 10:22 PM
Elehhh... Ngaku je la psl kes tu ngko kurus.
Quote rayray28 27-7-2023 04:19 PM
aciksenah replied at 24-7-2023 03:54 PM
I dah mula rasa something fishy about him bila....dia buat live kat tiktok masa tu dengan baby shima ...

Slalu live ig mmg gaya gitu baring2 kt katil..kdg pnh dia smpi tido yg bbnu tgl dok berckp sesama dorg

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 1.030934 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top