CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Keguguran Anak Kedua, Sebak Throwback Video Kejutan Hamil Kepada Suami

24-7-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2257| Komen: 16

Uyaina Arshad dedah dirinya keguguran selepas hamil anak kedua.

Di TikTok, Uyaina turut berkongsi momen ketika dia membuat kejutan kepada suaminya, Raja Syahiran, Mei lalu.

Foto: IG


Menurut Uyaina, dia tetap bersyukur diberi peluang untuk hamil buat kali kedua meskipun rezeki tidak berpihak pada mereka.

“Video ni diambil waktu bulan 5 masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy.. Tak boleh diungkap dengan kata-kata.. Syukur.

“Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu,” tulisnya sebagai kapsyen.


Sementara itu, Uyaina juga sempat berterima kasih kepada Syahiran sempena ulang tahun kelahiran suaminya itu.

“Dan hari ini, hari lahir suamiku @Syahiran.  I’m glad that I’m going through this journey with you. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk I & Urhan.


“I doakan yang terbaik untuk you dalam setiap apa yang you buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka2 untuk kita berdua.

“Saling sayang menyayangi, hormat menghormati, dan berkasih sayang hingga ke syurga. Aamin. Happy Birthday, hubby,” katanya.


Di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Terdahulu, Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021.


Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tiggybiru 24-7-2023 11:51 AM
Wow cantik juga ya dia dlm gambar kat airport tu..nampak mcm tak mekap tebal sgt..ok minat ????
Quote rayray28 24-7-2023 12:00 PM
Dia dh grk g indon laa eh..bape lama kt sana tu
Quote dua_chzy 24-7-2023 12:07 PM
Baby yang gugur ni baby yang tak sihat.

Elok la gugur. Kang lahir cacat sana sini la, SD la, autistic la, ko juga yang susah nak jaga.
Quote dudaberhias 24-7-2023 12:51 PM
semoga ada rezeki untuk dapat anak yang baru...

selamat melambung sampai ke syiling lagi yach gittew kaka nasihatkan...

Quote rayna_raynes 24-7-2023 02:46 PM
rayray28 replied at 24-7-2023 12:00 PM
Dia dh grk g indon laa eh..bape lama kt sana tu

Katanya sampai bulan depan

Quote Lavender_Violet 24-7-2023 05:39 PM
rayray28 replied at 24-7-2023 12:00 PM
Dia dh grk g indon laa eh..bape lama kt sana tu

Jadi hos program realiti dangdut tu ke?
Sheols hangkut anak dgn laki sekali? Tak kerja ke laki sheols?
Quote Lavender_Violet 24-7-2023 05:41 PM
Baju konon2 Barbie tu buruk sangat hokeh
Cuba lah berhijab tu elok2 sikit
Tutup kepala tapi tersembul sana sini
Orang biasa pun ramai je yg macam ni but since you are a celebrity, kena lah elok2 sikit jaga penampilan tu
Quote eely_shana 24-7-2023 07:19 PM
Semoga ada rezeki yg lain selepas ini
Quote rosedemon 25-7-2023 08:58 AM
takziah cuba lagi la ek. lakinya kepam betol
Quote Honey_Inara 25-7-2023 10:50 AM
Ya ampun uyaina tergamaknya hang pakai baju pink ala barbie tu..malu nengoknya..
Quote robertthoma 5-1-2024 12:34 PM
In the future, I hope there will be another source of life. If things don't work out quickly, we'll just arrange a meeting to discuss it again. Also pico park is a great game to enjoy in your free time after a hard day at work, so come play with me if you want.
Quote likilu 5-1-2024 12:57 PM
Kening dia lagi
Quote orkid_amani 5-1-2024 12:58 PM
dua_chzy replied at 24-7-2023 12:07 PM
Baby yang gugur ni baby yang tak sihat.

Elok la gugur. Kang lahir cacat sana sini la, SD la, autist ...

Yaa ka yuuu? Mcm aii dulu miscarriage sebab aii xtau kata aii pregnant..dah selamat telan postinor 2bijik masa lewat 3hari..bila lewat sampai 7hari(lepas makan postinor biasa dlm masa 4hari period akan turun) aii makan sonulut 5x2 bijik sehari pulak..lepas tu rasa mcm pelik kenapa period xdatang2 jugak w/pun dah delay 12hari.sebelum makan emergency pil ni mg dah test 1line ja..P scan baby dah 6w tapi tuu kaa xdak rezeki miscarriage masa 8w..turun darah mcm period tu fresh blood gitu..g scan perut kat clinic cakap rahim clear dah..tapi tuu laa xnampak pulak darah2 beku apa pun..aii pun mcm pelik mcmna boleh tak perasan pregnant..huhuu
Quote dua_chzy 5-1-2024 07:22 PM
orkid_amani replied at 5-1-2024 04:58 AM
Yaa ka yuuu? Mcm aii dulu miscarriage sebab aii xtau kata aii pregnant..dah selamat telan postinor ...

Ni teori aiols ja. Aiols hada post gini di CI pehtu si Ipes tu kinda agree. Boleh pakai la kan teori aiols kalau doktor pun setuju.
Quote zuriey 5-1-2024 07:34 PM
Btl la haritu org speku dia mengandung tapi tak nak mengaku
Quote orkid_amani 5-1-2024 09:30 PM
dua_chzy replied at 5-1-2024 07:22 PM
Ni teori aiols ja. Aiols hada post gini di CI pehtu si Ipes tu kinda agree. Boleh pakai la kan teo ...

Ooh ya ka..aii xsure laa tapi mcm aii doc suspected janin berhenti membesar & gugur

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.034262 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top