CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Shahira Pasangan Pengacara Terbaik Buat Tyzo "Tapi Saya Lupa Sebut Nama Dia Masa Menang"

24-7-2023 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5569| Komen: 78

Tyzo bersyukur dipilih sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Popular di ABPBH35 baru-baru ini.

Katanya dia tidak menyangka dapat merangkul trofi berkenaan selepas 25 tahun berkecimpung dalam dunia penyiaran radio.



Foto: IG

"Saya tak pernah hadir ke ABPBH sebelum ini. Kali ini saya hadir atas sebab jemputan dan tidak menyangka menang buat pertama kali selepas 25 tahun dalam industri," katanya kepada mStar.

Kemenangan tersebut sekali gus menewaskan rakan penyampai yang juga Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin yang turut tercalon dan pernah memenangi kategori tersebut sebanyak empat kali.



Mengulas tanggapan merampas trofi berkenaan daripada DJ Lin, Tyzo percaya kemenangannya itu adalah berdasarkan hasil kerja keras meskipun tidak mempunyai sebarang kelab peminat.

"Saya percaya pendengar Suria FM melihat hasil kerja saya... apatah lagi saya bukan ada kelab peminat yang mahu mengundi.

"Saya amat menghargai Suria FM kerana inilah stesen radio swasta yang benar-benar menghargai dan memandang bakat saya sebagai seorang deejay," katanya.


Sementara itu, Tyzo juga melahirkan penghargaan buat rakan penyampainya menerusi segmen Suria Petang iaitu Sharifah Shahirah yang menyifatkannya sebagai pasangan terbaik.

"Saya lupa sebut nama dia Shiera di atas pentas. Dia adalah pasangan pengacara terbaik buat saya.



"Semoga gandingan kami berdua ini kekal lama," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 24-7-2023 11:25 AM
u deserved it.
Quote kuzaime 24-7-2023 11:37 AM
Menjak tyzo menang, aku ada gak sesekali tgk ig djlin, haremm xde pulak dia up apa2 post pasal tyzo menang

Yup, tyzo mmg 'boleh masuk' dgn kak rara.  Kalau naim @ bang bob yg ganti rasa jugaklah hambarnya
Quote heythere123 24-7-2023 12:43 PM
harap duo ni bertahan lama. Dorang serasi sebab dua2 boleh saling cover kekurangan masing2
Quote Perawankota 24-7-2023 05:23 PM
Umur dia, berapa sebenarnya? Klu tahun 90an ni muka dia ni kategori hensem la
Quote kuewTiau 24-7-2023 05:32 PM
Edited by kuewTiau at 28-7-2023 10:10 AM
Perawankota replied at 24-7-2023 05:23 PM
Umur dia, berapa sebenarnya? Klu tahun 90an ni muka dia ni kategori hensem la

hari tu pernah terdengar dia cakap lahir tahun 1965 ke macam tu la..ntah betul ke idok sebab dia ngan kak rara kan jarang serius.masa tu besday tyzo
kak rara cakap sepatut tyzo ni panggil dia adik bukan akak.
tapi kami suka dengar celoteh dia ngan kak rara slot petang walau perangai macam hadek-hadek sangat.haha

Edit : ada baca komen kawan sekolah tyzo.kata nya umo tyzo 46.saje je dia melawak kat radio. hahahha.sori uols.
Quote ezacbee 24-7-2023 05:36 PM
Umo dia 57? Bior betul
Quote dudaberhias 24-7-2023 05:57 PM
memang layak pun dia menang.... kalau tidak tak habis2 si lin tu jah menang...

dah la suara dia buat iols terlena terus bila dengar... silap2 mampos eksiden masa bawak kereta...

Quote rosedemon 25-7-2023 08:58 AM
dia ni cam dah tua kenapa nmpak muda ek
Quote dekmieDandy 25-7-2023 10:06 AM

betul, dia pernah masuk sinaran pasport kegemilangan, tahun 1999

ada video dia kat youtube
Quote Kurex 25-7-2023 10:16 AM
Dj lin masam jah masa tejo naik stage. Gaytuh jeles djlin nih
Quote Lavender_Violet 25-7-2023 10:20 AM
dekmieDandy replied at 25-7-2023 10:06 AM
betul, dia pernah masuk sinaran pasport kegemilangan, tahun 1999

ada video dia kat youtube

Serius lah pernah masuk Sinaran Passport Kegemilangan???
Buat apa? Menyanyi? Berlawak?
Tapi memang betul heols umo dah 57thn. Dia tak pernah berahsia
Iols ada sekali dapat call Suria Petang, masa tu heols sorang, Kak Rara x ada, cuti sebab nak settlekan hal anak dia nak menikah
Iols tanya knp panggil Shira kakak walhal heols lagi tua
Biasa lah jawapan x pernah serius heols....dia cakap sbb kulit dia cekang, pegi facial tak miss kat spa *tuut*...masa ni censored sbb diorang tak boleh kot mentioned nama apa2 produk atau company, macam tak boleh bagi free advertisement lah gitu so dia nampak lebih muda dari Kak Rara, terus panggil 'kakak'
Kalau tengok dlm IG celebrate birthday dia tu pun, dia mentioned Ijoy pun "Abg Ijoy"...perasan muda sungguh
Tapi dia mmg nampak muda utk seorang lelaki umur 57 thn
Quote Lavender_Violet 25-7-2023 10:24 AM
dudaberhias replied at 24-7-2023 05:57 PM
memang layak pun dia menang.... kalau tidak tak habis2 si lin tu jah menang...

dah la suara dia bua ...

Kaka Dude jgn tak tau...segmen Suria Cinta tu memang dia yang ilhamkan
So bila malam2 tu nak bagi elemen romantik, dia buat lah suara mcm tu
Suara dia mmg agak besar tapi dlm segmen tu pakej siap mendayu2 lagi
Sebab segmen ni lah dia jadi popular & menang 4 kali berturut2 DJ popular tu
Tapi lately ni dia asyik MC pastu asyik kenakan orang bawah dia macam Fizi dgn Ana J tu, so orang mula meluat
Silap2 tahun ni punya undian dia kalah dgn Haiza & Johan, Iols saspek dia no 4, DJ Sonic tu nomot 5
Quote Lavender_Violet 25-7-2023 10:26 AM
kuzaime replied at 24-7-2023 11:37 AM
Menjak tyzo menang, aku ada gak sesekali tgk ig djlin, haremm xde pulak dia up apa2 post pasal tyzo  ...

Kan?
Iols rasa DJ Lin jeles and sakit hati sebab yg rampas trofi tu anak buah sendiri
Kalau DJ stesyen lain iols rasa dia ok lagi tapi ni staff sendiri....panas lah agaknya hati dia
Quote puteribunga 25-7-2023 10:29 AM
balik keja memang suka dengar tyzo & rara.. seronok tergelak sorang2 dalam keta.. kalau pagi lebih rela nyanyi sendiri sebab bingit dengan suara soeb...
Quote paku_karat 25-7-2023 10:37 AM
puteribunga replied at 25-7-2023 10:29 AM
balik keja memang suka dengar tyzo & rara.. seronok tergelak sorang2 dalam keta.. kalau pagi lebih r ...

yerrr..aku tahankan jelah telinga dgrkan si soeb.. pagi td tajuk obses.. dah dia nak menceceh dia obses dgn anak dia si martin tu.. nak jgk msok cite bab dia. betollah org kata dia tu seme nak me me me me me. aku xnak tau lah soeb. lantak ko lah nak obses dgn sape pon. diam jelah
Quote puteribunga 25-7-2023 10:40 AM
paku_karat replied at 25-7-2023 10:37 AM
yerrr..aku tahankan jelah telinga dgrkan si soeb.. pagi td tajuk obses.. dah dia nak menceceh dia  ...

kan setiap topic mesti ada je citer dia... bohsan sangat...
Quote dudaberhias 25-7-2023 10:40 AM
Lavender_Violet replied at 25-7-2023 10:24 AM
Kaka Dude jgn tak tau...segmen Suria Cinta tu memang dia yang ilhamkan
So bila malam2 tu nak bagi  ...

segmen paling bosan gittuhh....

entah2 penyebab banyak kemalangan memalam dekat highway tu di sebabkan segmen ni...

semua terlena teruih atas stereng lepas dengar suara sheols...


Quote qusairy 25-7-2023 10:43 AM
tyzo ni baru 44lah korg cayalah dia tu ckp dia 57 hahaha.. dia mana pnh serius klo bab umo

nama sbnr dia tuah zulkarnain, dulu2 dia penyanyi ada group sekali dgn que haidar, iols ingt dlu beli majalah mangga dulu ada gmbr group diorg posing dekat kolam renang. hihihihi
Quote Lavender_Violet 25-7-2023 10:45 AM
kuewTiau replied at 24-7-2023 05:32 PM
hari tu pernah terdengar dia cakap lahir tahun 1965 ke macam tu la..ntah betul ke idok sebab dia n ...

Meols rasa dia jadi hadek2 tu sebab dlm siblings dia sorang je lelakiAnd x ada father figure dlm family dia sbb mak ayah dia bercerai sejak dia kecik and he adik beradik tinggal dgn mak

Dia sangat rapat dgn mak dia
Maybe sbb tu lah melekat perangai hadek2 tu, kakak adik semua girls

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069308 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top