CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan 11 Tahun Dirogol Lelaki Kenal Di Aplikasi Dating- Badan Bogel 'Diratah' Dan Dirakam

24-7-2023 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 725| Komen: 2

Description: Seorang lelaki diberkas polis selepas didakwa memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
Seorang lelaki diberkas polis selepas didakwa memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Tribun News melaporkan, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cirebon, Indonesia iaitu Kompol Anton berkata suspek merogol mangsa tiga kali iaitu pada 18 Jun hingga 21 Jun lalu.


Pada mulanya, mereka berkenalan menerusi aplikasi temu janji, sering berbalas mesej dan kemudian bertemu.

Gambar Hiasan

Ketika kejadian, suspek memperdaya mangsa supaya mengikutnya ke suatu tempat sunyi lalu membawa mangsa ke tebing sungai sebelum merogolnya.

Suspek berusia 27 tahun itu turut bertindak mengambil gambar dan merakam video yang digunakan untuk mengancam mangsa supaya melayan nafsu serakahnya.

Gambar dan video itu digunakan suspek untuk mengugut dan memaksa mangsa untuk disetubuhi. Jika mangsa menolak, suspek akan bertindak menyebarkannya.

Susulan itu, suspek kini berada di dalam sel tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cirebon dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun, manakala mangsa pula sedang menjalani pemeriksaan psikologi.

Dalam pada itu, pihak polis juga sedang giat menyiasat bagi mengesan jika ada mangsa lain yang turut menjadi pemuas nafsu suspek yang sama.

"Kami masih menyiasat kes ini untuk menentukan apakah ada mangsa lain yang turut menjadi korban."

Bagaimanapun, setakat ini polis hanya menerima satu laporan berhubung kes tersebut.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 25-7-2023 08:40 AM
cariiiii pasallll sape suruhhhhh
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:40 AM
adoii mcm mana la bdk2 ni tak dipantau oleh org tua sndiri

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056980 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top