CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Hilang Rupa-Rupanya Dah 3 Hari Tiga Hari Tersepit Dalam Proton Iswara

24-7-2023 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1118| Komen: 6

SUNGAI PETANI – Panjang umur, seorang warga emas ditemui masih bernyawa selepas tiga hari terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil berdekatan Taman Chempaka, Bukit Selambau di sini pada Jumaat lalu.


Ketika ditemui, Che Ishak Shaari, 72, dilaporkan tidak sedarkan diri setelah tersepit di dalam kenderaannya.

Menurut anak mangsa, Mohd. Haidie, 46, bapanya sempat memaklumkan dia terbabas ketika dalam perjalanan ke Kuala Ketil pada pukul 6.10 pagi, 18 Julai lalu.

Foto: Kosmo

“Dia (bapa) beritahu lapar kerana tidak menjamah sebarang makanan selama empat hari sejak malam Isnin lalu (17 Julai) sebaik tersedar. Dia meminta makanan dan air.

“Bapa saya masih belum pulih sepenuhnya. Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis yang terlibat dalam mencarinya sejak hari pertama dilaporkan hilang,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).


Cerita Mohd. Haidie, pada hari kejadian, seorang penduduk kampung Bukit Selambau mengesan sebuah kereta Proton Iswara remuk di kawasan cerun pada Khamis lalu. Lelaki itu bagaimanapun tidak menghampiri kereta itu kerana cuaca gelap.

“Semasa pulang ke rumah, dia terkejut apabila ternampak hantaran di Facebook mengenai pencarian warga emas hilang dan kereta tersebut sama seperti dilihat sebelum itu.

“Lelaki itu menghubungi saya sebelum saya bergegas pulang ke Kedah dari ibu negara. Pada pukul 7.45 pagi, saya pergi ke lokasi berkenaan. Alhamdulillah kami jumpa bapa,” ujarnya.

Jelasnya, sepanjang kehilangan bapanya, dia dan lima adik-beradik berasa susah hati selepas lebih 50 panggilan telefon tidak dijawab.

“Walaupun berjauhan, kami kerap menghubungi bapa sebab dia tinggal seorang diri,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan seorang warga emas yang hilang sejak Selasa lalu ditemui tersepit di dalam kereta pagi Jumaat selepas terlibat kemalangan di kawasan cerun Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil.

Mangsa dari Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil ditemui orang awam pada pukul 7.45 pagi.

Lelaki itu mengalami kecederaan patah tangan kiri selain luka pada badan serta kepala. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-7-2023 10:33 AM
sesungguhnya masih belom ajal,. harap pakcik sempat berobat kalau jaat kalau baik tingkatkan lagi amalam
Quote Thunderclouds 24-7-2023 10:34 AM
Huh.
Panjang umur pakcik ni.
Alhamdulillah..belum ajal.
Quote rosedemon 25-7-2023 08:38 AM
rosedemon: sesungguhnya masih belom ajal,. harap pakcik sempat berobat kalau jaat kalau baik tingkatkan lagi amalam

nak tambah sikit, bnda cmni buat aku insaf entahla susah nk luah dgn kata2

Quote Simunggu 25-7-2023 08:44 AM
rosedemon replied at 24-7-2023 10:33 AM
sesungguhnya masih belom ajal,. harap pakcik sempat berobat kalau jaat kalau baik tingkatkan lagi am ...

kalau belum ajal....kalau sudah ajal biar tidur dlm bilik dipeluk janda, tetap mati
Quote Kitty_catz 25-7-2023 08:49 AM
alahamdulillah la pocit uii, panjang umo lagi

jpj kena buat new set of rules , yg mana umo >65 kena submit medical check up kut.. kalau hat ada 3 serangkai ka hypertension ka, dementia ka tu mebi tabuleh renew lesen  la lepas tu
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:41 AM
syukur umur masih panjang…

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.088942 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top