CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Tahun Tanggung Biawak Hidup, Suami Goyang Kaki Sebab Isteri Kerja Gomen

24-7-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3663| Komen: 64

Seorang Peguam Syarie, Nor Asyiqin berkongsi kes yang pernah dikendalikan melibatkan seorang suami yang ‘liat’ hadir ke prosiding lafaz cerai meskipun mahkamah sudah mengeluarkan perintah.

“Puan nak tahu kenapa suami tak nak lepaskan puan? Sebab puan kerja kerajaan. Puan dah tanggung hidup dia,” kata peguam syarie itu kepada si isteri.

Menurut Nor Asyiqin, selepas diselidiki, rupa-rupanya sepanjang 20 tahun berkahwin, si suami terlampau selesa hidupnya kerana segala-galanya ditanggung oleh isteri yang berkhidmat sebagai penjawat awam.


Gambar Hiasan

“Di dalam kes ini, isteri telah menanggung keseluruhan keperluan rumah selama hampir 20 tahun.

“Ini termasuklah keperluan sekolah anak, barangan dapur, bil-bil utiliti, bayaran rumah dan kereta suami, perbelanjaan isteri dan anak-anak serta makan minum sekeluarga,” katanya.

Akibat terlalu lama hidup menanggung suami yang tidak bekerja, isterinya tawar hati dan mahu berpisah.


Bukan sahaja tiada kerja, malah rutin hariannya pula hanya ‘goyang kaki’ selain mempunyai tabiat mengambil barang terlarang.

Foto: FB


Katanya, wanita ini meneruskan untuk memohon penceraian di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu berkenaan cerai secara persetujuan bersama yang kemudian akan masuk ke peringkat Hakam (Seksyen 48).

Disebabkan lelaki itu berdegil dan enggan memberikan kerjasama yang baik, prosiding itu kemudiannya beralih kepada jalan terakhir iaitu pelantikan hakam.

Apa yang berlaku ini menyebabkan kuasa melafazkan talak tidak lagi terletak di tangan suami.

“Namun mahkamah tetap mengarahkan kes berjalan sebelah pihak iaitu pelantikan jawatankuasa pendamai, hakam islah dan hakam panel berjalan sebelah pihak sahaja meskipun si suami enggan datang.

“Di dalam kes cerai secara hakam, syiqaq (perkelahian) mestilah dikenalpasti yang menjadi punca utama pihak isteri memfailkan perceraian.

“Di dalam kes ini, syiqaq yang terang dan nyata apabila si suami dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawabnya dan menyebabkan isteri melaksanakan tanggungjawab seorang diri sehingga menyebabkan isteri tawar hati terhadap kelakuan suami," katanya.

Dalam hantarannya, peguam ini turut menjelaskan sekiranya hakam mensabitkan syiqaq (pertengkaran) tersebut maka mahkamah akan mengarahkan hakam panel untuk melafazkan talak.

Meskipun suami tidak bersetuju melafazkan cerai, kuasa talaknya sudah hilang dan berpindah kepada hakam.

Dalam hantarannya ini, ramai netizen yang berang dan memberikan respons terhadap sikap suami kepada wanita kurang bernasib baik itu.

“Dah terlampau selesa menjadi 'biawak'.

“Mesti suami tak sangka hakim ada kuasa untuk jatuhkan talak.

“Mungkin dia bertahan sampai 20 tahun sebab anak-anak masih kecil dan bersekolah. Sekarang anak-anak dah bersekolah. Ini peluang dia ‘meletup’,” demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 24-7-2023 09:53 AM
sebab tu org ckp jgn bagi ister ni boleh buat keje..berdikari
sampai masa deme akan terdetik...kenapa nk ade suami kalau dia boleh buat semuanyaaaa sendri...deme akan mencari kebahagiaan just dgn ank2 je..
Quote akusukaq 24-7-2023 10:07 AM
Edited by akusukaq at 24-7-2023 10:12 AM

Buang masa dan  duit je nak tunggu biawak tukar jadi manusia.Lagi baik failkan borang cerai secepat mungkin. Nak tunggu sampai anak habes sekolah tu ngape, bukan dia tanggung pun. Bodoh nya...




Quote maharani_gebu 24-7-2023 10:29 AM
akusukaq replied at 24-7-2023 10:07 AM
Buang masa dan  duit je nak tunggu biawak tukar jadi manusia.Lagi baik failkan borang cerai secepat  ...

kan... konon sebab anak-anak masih kecik... kecik ke besar ke tetap ko yang uruskan... biawak tak mungkin jadik manusia lar...

20tahun tu dah lemak tepu dah..... tu pasal dia main tarik tali hal cerai...

eii... kuat betul iman ppuan tu
Quote syamzana 24-7-2023 10:34 AM
ehh sebijik kes kakak iols tgung biawak 20thn, keje gomen laki goyang telur jah
cumanya tak ambil brg terlarang tp buat decision plg dilarang oleh kaum wanita (nikoh baru)
alhamdulillah 3thn turun naik court last hakam terlerai ikatan, kakak iols+anak2 sedara aman damai selesa hidup. anak2 pun dah kerja blh travel sana sini (hasil duit lebihan yg disalurkan ke biawak). baru sedar selama ni bewok byk guna duit
Quote Thunderclouds 24-7-2023 10:40 AM
Dlm family, jiran² keliling...hadap ya jantan mcm tu wat laki.
Kesian kt ank² xberayah katanyehhhhhhh...
Tp mak tu la mak,mak jugak la ayah..
Ayah jd hiasan tadak fungsi dlm umah.
Xleh brain.
Quote cmf_premierleag 24-7-2023 10:45 AM
Ko pun bodoh kan...patut dr awal la minta cerai..ni smpi 20thn mmg la dia dh selesa
Nak2 kalo ko dh tua nak mati, dia hadap la pencen ko gak
Quote cmf_premierleag 24-7-2023 10:46 AM
Mcm ada satu lady bos ni kat opis lama dulu
Laki dia biawak..tp sheols maluuuuu nk cerai sbb maluuuuu bk carry title janda
Padahal staf2 dia duk la gelakkan dia sbb bela biawak kt umah
Quote otai_g 24-7-2023 10:49 AM
Mcm la semua penjawat awam ni gaji mahal2. Ala berita cari ni pun.. bnyk sgt ke gaji si wife tu nk tanggung semua?
Quote makita 24-7-2023 10:57 AM
Patut tahun pertama suami bertukar menjadi biawak dah patut bwk biawak ke mahkamah untuk diseraikan.
Quote ifanonline 24-7-2023 10:58 AM
banyak kes keluarga sekarang di CI
Quote myakayina 24-7-2023 11:02 AM
ramai je isteri2 kt luar sana kena mcm ni..
Quote green~tea 24-7-2023 11:04 AM
syamzana replied at 24-7-2023 10:34 AM
ehh sebijik kes kakak iols tgung biawak 20thn, keje gomen laki goyang telur jah
cumanya tak amb ...

20 tahun?? Astaghfirullah
Quote green~tea 24-7-2023 11:06 AM
otai_g replied at 24-7-2023 10:49 AM
Mcm la semua penjawat awam ni gaji mahal2. Ala berita cari ni pun.. bnyk sgt ke gaji si wife tu nk t ...

Kat bandar.. m40.. kat kampung depa t20...
Quote bulalof 24-7-2023 11:30 AM
mesti biawak tu pandai tai-chi sampai mampu bertahan lama.
Quote Ladyfreecare 24-7-2023 11:37 AM
Masalah rumahtangga orang, no comment. Hanya laki bini aje yg tau kot. Yang lawyer tu pun tak perlu comment lebih-lebih bukan kau pernah tidur sekali threesome dengan dorang.
Quote cik_ingeniare 24-7-2023 11:37 AM
banyak je kes gini kat luar sana lagi lagi kalau perempuan tu kerja gomen. alasan sebab takut anak anak takde ayah. nyah, apa function pak budak tu ntah kalau dah sampai tahap naik tangan kt anak anak, maki maki sampai jiran tetangga dengar, tangan naik kt badan sendiri.. nafkah? langsung takde alasan bini saya kerja.. kita yang dengar ni jadi marah sebab katanya ujian sebagai seorang isteri
Quote syamzana 24-7-2023 11:37 AM
otai_g replied at 24-7-2023 10:49 AM
Mcm la semua penjawat awam ni gaji mahal2. Ala berita cari ni pun.. bnyk sgt ke gaji si wife tu nk t ...

banyak gak la kot...kalau kes kakak i kereta 3biji (wish, sorento, saga), umah semiD, anak 3org, lakinya dpt 1k sebulan, segala utilities...loyer dgr geleng kepala
bila seorg pompuan bijak berkerjaya tapi bodoh dlm kehidupan, 20thn tak kemana-mana sbb duit habis utk tggung segalanya.pdhal zaman bujang habis segala pelusuk globe dok jajah.
2thn pertama je laki bekerja
Quote syamzana 24-7-2023 11:38 AM
green~tea replied at 24-7-2023 11:04 AM
20 tahun?? Astaghfirullah



skrg bila berkumpul weols ungkit balik pakat2 gelak je la. tuan badan pun kata kebodohan melampau sgt
Quote Ladyfreecare 24-7-2023 11:41 AM
cmf_premierleag replied at 24-7-2023 02:46 AM
Mcm ada satu lady bos ni kat opis lama dulu
Laki dia biawak..tp sheols maluuuuu nk cerai sbb maluuuu ...

Apa pun dia boss kot. Shes more successful than staf bawahan tu kan.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.045433 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top