CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Mak-mak Penat Dah Lebih Setahun Barang Termasuk Motor Selalu Dicuri Penagih, Polis Ada Pun Macam Tak Berfungsi

24-7-2023 07:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1125| Komen: 5

Sekumpulan wanita nekad menyerbu sebuah rumah yang sering dijadikan lokasi penagih berkumpul untuk 'lalok' berikutan tidak tahan apabila barang di rumah selalu hilang.

Difahamkan, kejadian tular itu berlaku di kawasan Rawasari dekat daerah Alam Barang, Kota Jambi, Indonesia pada Sabtu.




Memetik laporan media antarabangsa TribunKaltim, salah seorang wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai 'S', 38, berkata, mereka bertindak sedemikian kerana geram barang di rumah sering dicuri.

"Kami sudah penat, penduduk di sini bukan sahaja kehilangan barang, malah ada beberapa barangan berharga lain seperti motosikal, telefon bimbit dan komputer riba yang turut dicuri.

"Kes kecurian itu bukan hanya berlaku di kawasan kami tetapi juga kawasan kejiranan yang lain sejak sarang dadah itu dibina," katanya.

Wanita tersebut juga mendakwa pihak polis tidak pernah mengambil tindakan terhadap penagih-penagih dadah berkenaan.


"Sudah lebih setahun pondok dadah tersebut dibina, namun belum ada tindakan daripada pihak berkuasa," jelasnya.

Tambah wanita itu, sewaktu menyerbu rumah tersebut, mereka menemui pelbagai jenis alat untuk menghisap dadah dipercayai syabu dan sejumlah wang tunai bernilai 20 juta Rupiah (RM6,063).



Ketika kejadian, terdapat lebih daripada 20 orang pemuda berada di dalam rumah tersebut.

Jelas wanita itu lagi, kesemua penagih yang berada di dalam rumah tersebut sempat melarikan diri dan hanya seorang sahaja yang berjaya ditangkap.

"Suspek sudah pun ditahan pihak berkuasa bersama sejumlah wang," katanya.

Setakat berita ini ditulis, difahamkan pihak berkuasa telah menyita kawasan berkenaan. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-7-2023 08:52 AM
bagus tindakan bibik2 ni semua.. hapuskan penagih caprut pekalongan kabupaten
Quote Friska 24-7-2023 09:17 AM
Wanita Indonesia itu pemberani dan punya nyali memang, makanya bisa merantau dan bekerja di mancanegara
Quote Lagubestbest 25-7-2023 07:27 PM
masyarakat makin sial. mahu dihormati tapi tak pernah cermin diri sendiri macam palat.
Quote mojarean_X 26-7-2023 09:48 AM
Ambil tindakan sendiri utk lindungi diri
Quote chiyoasuka 30-7-2023 04:04 AM
kuasa mak2 ni. Beranii drg, good!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.039459 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top