CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lama Berkawan Rapat, Sanusi Akui Allahyarham Salahuddin Budiman, Dihormati Kawan Dan Lawan

24-7-2023 06:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 569| Komen: 4

Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak, disifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa disenangi banyak pihak.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui mereka menjalin hubungan yang sangat rapat biarpun berbeza ideologi politik selepas penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) pada 2015.



"Saya ucapkan takziah kepada isteri dan anak-anak beliau, keluarga beliau dan para ahli parti Amanah,

"(Pemergian Salahuddin merupakan satu) kehilangan seseorang yang sangat (budiman), (itu bukti persahabatan) bagi saya, sebab saya kawan dengan dia lama.

"Beliau (juga) pernah tidur di rumah saya (di Sik) beberapa kali, beliau adalah seorang yang budiman, (sebab) daripada tahun 1997 (kami mula) berkawan," kata Muhammad Sanusi.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui media di Lobi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum itu meluangkan masa sekitar 30 minit bagi menziarahi Salahuddin yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kedah itu juga turut menganggap Salahuddin sebagai seorang sahabat yang sentiasa memahami memandangkan kedua-dua mereka datang dari latar belakang keluarga yang sama.


FB Sanusi

Pelbagai kenangan turut dikongsi Muhmmad Sanusi termasuk pengalaman berjalan kaki dan menaiki bas bersama-bersama untuk ke Markas Pas di Taman Melewar, Gombak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup  yang berusia 61 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang cahaya mata.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 24-7-2023 07:52 AM
Al Fatihah..
Quote schabella 24-7-2023 10:19 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote edayildiz 24-7-2023 10:20 AM
3 jam sblm tu dia mkn doyan kan..ada tgk video dorg mkn doyan kt tiktok
Quote KamikuP 24-7-2023 10:49 AM
Al Fatihah. Idea arwah yang  menu rahmah semua ni kan?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.037321 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top