Empat terbunuh manakala 10 yang lain cedera selepas paip air panas di sebuah pusat beli-belah di barat Moscow pecah pada Sabtu. Datuk Bandar Sergei Sobyanin berkata, akibat kejadian, sebahagian mangsa yang cedera, lecur pada anggota badan. Rakaman video menunjukkan air panas memenuhi seluruh ruang bangunan dan kepulan wap keluar dari rekahan pintu dan tingkap. Perkhidmatan kecemasan sedang tiba di lokasi kejadian dalam pada itu menafikan berlakunya kebocoran ammonia di lokasi kejadian. Pusat beli-belah yang dikenali sebagai Vremena Goda (The Seasons) itu dibuka pada 2007 dan menempatkan lebih 150 unit premis perniagaan. Sumber: AWANI
|
ADVERTISEMENT