CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Dihempap Batu Ketika Melombong Emas Secara Haram

23-7-2023 10:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 679| Komen: 8

Kuantan: Seorang lelaki maut dipercayai akibat dihempap batu semasa melombong emas secara haram di Sungai Kadir berhampiran Kampung Sungai Temau, Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar 4 petang dan mangsa yang berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dihempap bongkah batu di bahagian dada hingga ke paras pinggang.



"Mangsa dikatakan melombong di anak sungai yang terletak dalam kawasan hutan simpan bersama dua rakan dan bongkah batu di lereng bukit dipercayai jatuh selepas mereka mengorek tanah di situ," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata kejadian itu menyebabkan dua rakan mangsa bergegas pulang ke kampung yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian untuk meminta bantuan bagi mengeluarkan mangsa.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian pada 4.30 petang dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.


Azli berkata polis turut merakam percakapan dua rakan mangsa bagi melengkapkan siasatan.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-7-2023 10:24 PM
Ada emas rupanya kat sungai...
Quote dua_chzy 23-7-2023 10:28 PM
Another contoh Allah tak sayang.
Quote SalenaGomez 23-7-2023 10:37 PM
noor2 replied at 23-7-2023 10:24 PM
Ada emas rupanya kat sungai...

Kawasan pahang mmg byk emas sis…actually pahang byk galian , mungkin sbb negeri terbesar dan majoriti cover kawasan banjaran titiwangsa… bauksit, ree (rare element earth)
Quote noor2 23-7-2023 10:41 PM
SalenaGomez replied at 23-7-2023 10:37 PM
Kawasan pahang mmg byk emas sis…actually pahang byk galian , mungkin sbb negeri terbesar dan majo ...

Oh...x sangka...emas dah la mahal...

Innalillah kesian yg meninggal
Quote SalenaGomez 23-7-2023 10:44 PM
noor2 replied at 23-7-2023 10:41 PM
Oh...x sangka...emas dah la mahal...

Innalillah kesian yg meninggal

Emas mmg mahal…utk kelangsungan hidup kan…tapi slalunya kalau gomen tahu ada tempat yg ada galian2 mcm ni, dikira harta kerajaan
Quote Tiggybiru 23-7-2023 11:07 PM
Innalillah..
Quote KamikuP 24-7-2023 11:16 AM
SalenaGomez: Emas mmg mahal…utk kelangsungan hidup kan…tapi slalunya kalau gomen tahu ada tempat yg ada galian2 mcm ni, dikira harta kerajaan


Kat Malaysia, kalau kawasan rumah ada emas tu dah dikira milik kerajaan. Tapi kalau kawasan rumah ada tanaman ketum/ganja maka itu milik tuan tanah tersebut lalu dihukum ekekekekeke

Quote Ladyfreecare 24-7-2023 11:33 AM
Katanya kawasan emas selalu ada penunggu. Betulke?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038838 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top