CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecah Masuk Bawa Lari Telefon Bimbit, Kad Tambah Nilai Prabayar

23-7-2023 09:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 532| Komen: 2

Setiu: Seorang peniaga kedai telekomunikasi berputih mata kerugian dianggarkan puluhan ribu ringgit selepas premis perniagaannya di Kampung Sungai Tong, di sini, disyaki dipecah masuk pada Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, kejadian itu disedari ketika mangsa yang berusia 42 tahun itu hendak memulakan perniagaan pada pada pukul 9 pagi.

Kedai telekomunikasi yang berselerak dipercayai dipecah masuk di Kampung Sungai Tong, Setiu, Isnin lalu.

“Pemeriksaan mendapati 17 unit telefon bimbit pelbagai jenama serta 500 keping kad tambah nilai prabayar berharga RM10 setiap satu telah hilang dipercayai dicuri.

“Pemeriksaan kemudiannya mendapati sebahagian gril tingkap premis perniagaan mangsa telah dipotong,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Afandi berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pula menunjukkan kelibat seorang lelaki tidak dikenali telah memasuki kedai itu pada pukul 6.30 pagi, 17 Julai lalu. 



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 23-7-2023 09:27 PM
Utk device boleh block emei
Utk kad prabayar boleh mintak telco mark the cards as stolen.
Quote kakikuDibibirmu 23-7-2023 09:56 PM
Rindu pulak akak dengan kad gores dan menang kad tambah nilai

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.061928 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top