CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Premis Barang Kitar Semula Tanpa Permit Diarah Tutup

23-7-2023 08:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 306| Komen: 1

Johor Bahru: Tiga premis perniagaan barangan kitar semula di kawasan Kempas Banjaran, di sini, ditutup kerana tidak memiliki lesen dan menjalankan pembinaan struktur tanpa permit.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd Noorazam Osman, berkata ia hasil operasi bersepadu dilaksanakan bersama pihak Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru serta SWCorp Daerah Johor Bahru.


Operasi bersepadu terhadap tiga premis barangan kitar semula di kawasan Kempas Banjaran, Johor Bahru. - Foto ihsan MBJB

"Ketiga-tiga premis itu dipercayai beroperasi sejak 2016. Ia diarahkan tutup mengikut Undang-Undang Kecil 49 (2) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBJB 2016, selain satu notis bawah Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan dikeluarkan kepada pemilik kerana mendirikan binaan tanpa kelulusan MBJB.

"SWCorp juga dalam tindakan penyediaan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan ke atas pemilik tanah yang menjadikan kawasan mereka tempat pengumpulan barang kitar semula serta tempat pembuangan sampah haram di kawasan MBJB," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Mohd Noorazam berkata, pihak Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru juga akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap pemilik yang menyalahgunakan tanah mereka.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 30-7-2023 04:07 AM
kan dah kena

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035184 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top