CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Saman Restoran Thai Kerana Hidangan Terlalu Pedas

23-7-2023 08:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1596| Komen: 20

California – Seorang wanita menyaman sebuah restoran makanan Thai di San Jose, California, kerana mendakwa masakannya terlalu pedas, lapor laman berita Republic World kelmarin.

Wanita tersebut, Harjasleen Walia turut mendakwa bahawa salah satu masakan pedas di restoran itu tidak sesuai untuk dimakan.


Seorang wanita menyaman sebuah restoran Thailand kerana salah satu masakannya terlalu pedas. - Google Maps

Pada 3 Julai lalu, Walia memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi Daerah Santa Clara terhadap restoran Coup de Thai, yang merupakan sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan pedas.

Dia mendakwa restoran itu menyajikan hidangan pedas yang sangat berbahaya untuk dimakan dan menyalahkan para pekerja kerana cuai mengenainya.

Tambah Walia, dia mengalami kecederaan kekal pada badan selepas makan hidangan pembuka selera di restoran tersebut, iaitu Dragon Balls pada 15 Julai 2021.


Ia menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan jangka panjang.

Menurut akhbar New York Post, Dragon Balls ialah bebola daging ayam pedas yang dimasak menggunakan bawang hijau, daun limau purut, daun ketumbar, cili dan nasi.

Peguam Walia menuntut ganti rugi am serta pampasan untuk perbelanjaan perubatan, kehilangan pendapatan dan kos guaman.

Walia mahupun Coup de Thai enggan memberikan sebarang komen kepada New York Post. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 24-7-2023 07:24 AM
westerns ni mostly overreact jaa.. sampai kat lidah asia, pedas lite-lite je kot?
Quote lattehazelnut 24-7-2023 07:35 AM
Kat website ade gmba cili indicate kepedasan tu
Tp chili je kot bukan habanero ke ape

https://coupdethai.nom.menu/
Quote esbok 24-7-2023 08:38 AM
dah tak tahan pedas, dah kenapa ditelan jua
Quote copy_paste 24-7-2023 08:57 AM
Themilo replied at 24-7-2023 07:24 AM
westerns ni mostly overreact jaa.. sampai kat lidah asia, pedas lite-lite je kot?

kalau dpt kat lidah org korea,kena ludah je setakat pedas mcm tuh ,

Quote copy_paste 24-7-2023 08:59 AM
esbok replied at 24-7-2023 08:38 AM
dah tak tahan pedas, dah kenapa ditelan jua

diorg ingt tahap pedas serupa kari je kot,kari tu dah dikira tahap arwah punye pedas,
nak tahu tahap pedas diorg g la makan ayam kfc yg spicy tu,hah cmtu la tahap paling pedas
Quote KamikuP 24-7-2023 09:16 AM
Cara muah nak dpt duit cepat dengan saman menyaman .. tapi dah tau kedai tu hidang makanan pedas ko cekik jugak buatpe karen?
Quote esbok 24-7-2023 09:37 AM
copy_paste replied at 24-7-2023 08:59 AM
diorg ingt tahap pedas serupa kari je kot,kari tu dah dikira tahap arwah punye pedas,
nak tahu ta ...

Maksud ku, sesuap dua tu dia dah tahu dah benda tu pedas. Kalau dia sakit ni sbb perabih kan semua tu, tak tau nak kata lah.

Teringat pulak pi satu kedai tepi jalan kat langkawi dulu. Kedai tu mmg layan lokasi dia. Time tu ketagih makan pedas je. Habis semua makanan kalau order kat kedai, aku kasi remark, 'pedas'. Tak terpikir pulak kedai tu ada standard pedas dia. Mari aku yang first time datang kedai dia, time order selamba suh dia tambah pedas. Jam 12 malam, angin sepoi2, sedap pekena kuey teow dgn kopi o panas. Sekali aku suap, pehhhh pedas nak mam. Test 2-3 suap. Lepas tu aku surrender sepinggan tu. Pedas nak mam . Pedas dia tu terus aku kenyang. Kenyang teguk air
Quote Samerosie 24-7-2023 10:10 AM
Next Mcdonald hot coffee.
Quote pisanggoreng 24-7-2023 10:57 AM
giphy.gif
Quote Decaffeinated 24-7-2023 12:16 PM
Kalau makan di Thailand tak payahlah acah2 gengster order nak pedas.
Quote shamsadis 24-7-2023 12:22 PM
free money ka?
Quote Dwdrum 24-7-2023 12:44 PM
Themilo replied at 23-7-2023 03:24 PM
westerns ni mostly overreact jaa.. sampai kat lidah asia, pedas lite-lite je kot?

Ummah kari
Quote isseliparjepun 24-7-2023 09:04 PM
I pernah makan hidangan yang pada I,paling pedas. Dekat kedai nasi lemak dekat Ipoh. Menu special dia ikan siakap menangis. Memang menangis oii. Dia pakai cili burung yang tersakiti agaknya, pedas mak datok. Memang menangis weol makan. Tak berani ambik kuah kuah, makan isi ikan je.
Quote plywood 24-7-2023 09:11 PM
esbok replied at 24-7-2023 09:37 AM
Maksud ku, sesuap dua tu dia dah tahu dah benda tu pedas. Kalau dia sakit ni sbb perabih kan semua  ...


Quote doubleharmonic 25-7-2023 08:35 AM
tak padan dengan kerja doktor yach tapi bimbo bodoh yihhhh
Quote doubleharmonic 25-7-2023 08:36 AM
Quote copy_paste 25-7-2023 08:52 AM
esbok replied at 24-7-2023 09:37 AM
Maksud ku, sesuap dua tu dia dah tahu dah benda tu pedas. Kalau dia sakit ni sbb perabih kan semua  ...

itu baru versi pedas asia tenggara, blum lagi pedas korea hahaha, tp makanan paling pedas x silap aku kat amerika latin,xtau negara mana 1 sbb kat sane ade cili paling pedas...
Quote esbok 25-7-2023 09:01 AM
Edited by esbok at 25-7-2023 09:04 AM
copy_paste replied at 25-7-2023 08:52 AM
itu baru versi pedas asia tenggara, blum lagi pedas korea hahaha, tp makanan paling pedas x silap  ...

Pedas korea dah rasa jugak. Aku rasa kalau terlalu pedas, nikmat rasa makanan tu sendiri hilang. So pedas korea not so delicious.
Macam lagu saiful apek, "cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata, masih mau dimakan jua"

Tapi pedas kuey teow brader yang masak malam tu memang pedas. Terbakar lidah telinga. Bergelas-gelas air bersusu aku order malam tu. Aku rasa mcm kena aniaya pun ada, rugi tak saman

Quote esbok 25-7-2023 09:03 AM

moralnya, jangan memandai2 ubah resipi chef kedai

ni ibarat pegi kedai itali, tambah garam sendiri

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047966 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top