CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laluan 25 Meter Mendap Di Forest City

23-7-2023 07:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1203| Komen: 10

Iskandar Puteri: Laluan sepanjang 25 meter di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas (PTP) di sini dilaporkan mendap petang tadi dan ditutup sementara kepada semua jenis laluan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd Noh, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.09 petang tadi.


Kejadian tanah mendap sepanjang 25 meter di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas di Iskandar Puteri, hari ini. - Foto Bomba

"Tujuh anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

"Anggota membuat pemantauan bagi memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum kawalan lalu lintas diserahkan kepada pihak polis.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan Forest City akan melakukan siasatan penuh berhubung kejadian tanah mendap terbabit.



Mereka juga akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian berkenaan.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang tadi dan sebaik dimaklumkan, Forest City menghantar pasukan teknikal ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan pihak berkuasa.

"Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Projek baik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui media sosial Forest City," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 23-7-2023 08:01 PM
Made from china kan. Warranty habis barang pon rosak
Quote antikorok 23-7-2023 08:03 PM
Edited by antikorok at 23-7-2023 08:59 PM

Bandar Hutan namanyehh, sejenis pulau buatan tambak atas laut dan bina pasang siap sekejap berdesup jahhh tersenyum sinisss

Tanda2 pulau bakalan mendap???
Quote otai_g 23-7-2023 08:12 PM
Habis tu kira terputus hubungan ke mcm mn tu? Ada jln lain ke nak keluar Dr forest city tu?
Quote jfq 23-7-2023 08:20 PM
Kalau tgk gmbr alahai nipisnya jalan
Mcm tak ikut spec
Quote airfilterkotor 23-7-2023 08:43 PM
Mana hutan? Belukar jer sejauh mata memandang.
Quote shamsadis 23-7-2023 08:58 PM
kos pembaikan ditanggung oleh cukai rakyat? terima kasih pembayar cukai rakyat Malaysia
Quote antikorok 23-7-2023 09:36 PM
Antara 6 projek mega paling tak berguna di donia tersenyum sinisss
[youtube]on2yz8SN3fg[/youtube]
Quote Tiggybiru 23-7-2023 10:59 PM
Iols bukan engineer..tapi nampak mcm nipis je jalan tar tu..
Quote ultra78 23-7-2023 11:19 PM
Kalau tanah mendap ni biasanya disebabkan air. Ada aliran air bawah tanah. Sama ada semulajadi atau ada paip bocor.
Quote KamikuP 24-7-2023 09:14 AM
Yakjuj makjuj nak keluar ke tu?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.147195 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top