CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulau Peranginan Greece Terbakar, 30,000 Orang Dipindahkan

23-7-2023 05:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 728| Komen: 4

Athens, Greece – Pelancong di Pulau Rhodes, Greece, diarah mengosongkan sebahagian lokasi peranginan popular itu semalam, selepas tercetusnya kebakaran hutan yang merebak di luar kawalan, lapor akhbar The Sun.


Dalam kejadian itu, sehingga 30,000 penduduk tempatan dan pelancong bergegas menyelamatkan diri ketika api semakin marak kerana ditiup angin kencang.

Pelancong keluar beramai-ramai dari hotel ketika kebakaran hutan semakin marak di Pulau Rhodes, semalam. - AFP

Rakaman insiden luar biasa itu memaparkan sejumlah besar orang membawa bagasi masing-masing ketika cuba melarikan diri daripada kebakaran di Kiotari dan Lardo bagi menuju ke bahagian tenggara pulau tersebut.

Kebakaran itu merebak ke sebahagian besar hutan sejak ia mula tercetus di sebuah kawasan pergunungan, Selasa minggu lalu.

Api kemudian merebak ke sekurang-kurangnya tiga buah hotel di perkampungan tepi laut di Kiotari, semalam.


Sementara itu, kapal Pengawal Pantai dan lebih 20 bot persendirian menyertai operasi untuk memindahkan sebahagian besar pelancong dan penduduk tempatan di pulau tersebut.

Kira-kira 10,000 orang dipercayai telah dipindahkan, demikian menurut laporan tempatan.

Anggota bomba tempatan yang turut dibantu oleh pesawat pemadam kebakaran dari Slovakia menghadapi kesukaran mengawal api ekoran cuaca berangin.

Jurucakap perkhidmatan bomba tempatan berkata, lebih 200 anggota dan 40 jentera menangani kebakaran itu bersama tiga buah pesawat serta lima helikopter.

“Kami dipindahkan beberapa jam lalu. Hotel terbakar. Kami kini berada dalam keadaan selamat di sebuah hotel lain pada masa ini. Tiada liputan telefon dan tiada akses berita. Harap semua orang dipindahkan dengan selamat,” kata seorang pelancong dari Britain. – AGENSI


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 23-7-2023 06:54 PM
OMG berhampiran kampung halaman ku...

Well cuaca sangat tak menentu this summer... haritu frozen -7 degC at nights... pehtu berawan2 sejukkkkk... pehtu panas berdentum... within a week!!!!

Habis bunga2 apricots frozen so takde lah buah apricots this season.. pomegranate pun kurang...

I miss my atok...
Quote green~tea 23-7-2023 06:57 PM
@edayildiz teringat kat u.. hahahahhaa... ramai orang hensem sini tp tak kaya hahahahahahahah
Quote edayildiz 23-7-2023 08:25 PM
green~tea replied at 23-7-2023 06:57 PM
@edayildiz teringat kat u.. hahahahhaa... ramai orang hensem sini tp tak kaya hahahahahahahah

xkaya ke org sana
xkaya xpe janji xgayah
Quote Tinot7 23-7-2023 10:08 PM
Moga2 deme slamat..
Rasanya mmg tak berjodohan nak jjcm greece..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076091 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top